Saya

My photo
Saya tak suka jiwakacau. Mari sama - sama membanteras ketidaktenteraman emosi.

Aug 26, 2013

Mati

Sakit perut membuatkan aku rasa tak mampu nak berkata - kata di alam realiti lagi. Aku hanya mampu menulis setiap bisikan kata di dalam hati dan itu pun ternyata mampu membuatkan aku berperasaan seperti berlari pecut sejauh 200m. Semata - mata untuk menggambarkan betapa aku penat tapi mengada nak menaip jugak buat masa sekarang. Sengal. Sedih jadi perantauan ni. Hari - hari teringatkan rumah. Rumah merangkap seluruh ahli keluarga, ayam, kambing, pokok2, motosikal, katil kesayangan, dapur dan seumpama dengannya.

Intro kemain panjang mengalahkan karangan budak darjah satu. herher Seram pulak bila pikir andai satu hari kita pergi meninggalkan dunia dalm keadaan yang tragis dan mengerikan. Contohnya, bawak kereta laju - laju lepas tu terlanggar lori ataupun lori yang melanggar kita. Aku selalu memohon kepada Allah agar menngambil nyawa aku dan orang - orang yang aku sayang dalam keadaan yang baik dan tidak mengaipkan. Biarlah keadaan mayat atau tubuh badan aku dalam keadaan baik2 sahaja. Sebagaimana seorang ustaz aku dulu pernah cakap,

"Ada tiga perkara kita boleh ubah tentang diri kita iaitu, jodoh, nasib, dan bagaimana cara kita mati. Nak ubah macamana? Hanya dengan berdoa kepada Allah. InsyaAllah dimakbulkan."

Kita juga bakal dibangkitkan pada hari kiamat sepertimana keadaan kita ditarik nyawa mengadap Allah. Seandainya kita mati sebelum hari kiamat, maka kita terlepas daripada fitnah dajjal, tetapi tidak terlepas daripada azab siksaan kubur. Begitulah jua jika kita hidup sehingga hari kiamat perkara sebaliknya akan berlaku.

Pernah tak fikirkan soal mati ? Bersediakah kita nak menghadapi saat getir dan meninggalkan orang sekeliling kita yang disayangi ? Masih banyak lagi impian dan harapan yang masih belum tercapai. Tapi jika sudah sampai masa yang ditetapkan , pergi jua tanpa sebarang halangan. Oleh sebab itu , setiap hari, kita harus memaafkan dan memita maaf setiap orang yang pernah hadir dalam hidup kita. Sebagai jaminan agar kita tidak mempunyai sebarang hutang lagi dengan mereka di hari kiamat. Siapa sangka kita tidak akan berpeluang lagi berjumpa dan memohon maaf sesama sendiri di dalam dunia ?

Makanya, secara tak langsung, aku memohon maaf kepada sape2 yang mengenali aku ataupun tidak. Kalau aku pernah berkasar atau mengguriskan hati mana - mana pihak , ampun maaf dimintaaaaa. p/s : Selamat hari raya ! herherherher

No comments:

Post a Comment

Miss Se'e