Saya

My photo
Saya tak suka jiwakacau. Mari sama - sama membanteras ketidaktenteraman emosi.

Jun 25, 2013

Parasit

Orang yang selalu buat kita sakit hati , cakap asyik nak gaduh je dan sering menyusahkan kita , orang tu lah yang akan selalu diingat - ingat . Lumrah . Bila berbicara tiadalah orang yang paling kasar bahasanya , melainkan dia . Sampai mati boleh teringat tau . Kita tak pernah cari dia apatah lagi mencari pasal tetiba nak bergaduh dengan dia , tapi dia rindu nak mendengar kita marah dan membebel . Orang sebegini memang sengaja akan mencari setiap salah yang kita lakukan dan tanpa perasaan belas kasihan akan mengeluarkan ayat - ayat yang pasti menyakitkan hati . Dia sebenarnya mempunyai tahap keegoisan yang tinggi dalam diri . Yang tidak akan tunduk kepada sesiapapun lebih - lebih lagi perempuan walaupun hati jiwa raga dia terseksa . Bila diam tanpa berita dia rindu . Bila setia menemani di sisi , dia sakiti . Tak pernah sekali menghargai . Siapa salah ? Dua - dua salah memendam perasaan . Tapi yang pasti si lelaki lah lagi banyak salahnya . herherher Malam ni sekali lagi aku teringatkan kau wahai hantu jerangkung . Macamane agaknya keadaan kau yang entah di mana menyepi . Sudah setahun , dan kau masih mendiam . Merajuk mungkin . Sebab yang langsung aku tak terfikir kau akan terasa . Hanya kerana aku tidak menghiraukan panggilan dan mesej kau . Tapi aku percaya kau belajar sesuatu setelah kau mengenali aku . Dan aku tak menyesal dapat mengenali kau walaupun hanya sementara. Semoga bahagia dengan haluan hidup kau yang serba lengkap dan indah .

No comments:

Post a Comment

Miss Se'e