Saya

My photo
Saya tak suka jiwakacau. Mari sama - sama membanteras ketidaktenteraman emosi.

Mar 18, 2013

Boleh tak kalau tak luahkan ? ( Part 2 )

Sha sedih memikirkan nasib malang keluarganya yang berpecah belah . Apakan daya , antara mama dan ayahnya sudah tidak sehaluan . Setiap hujung minggu ayah Sha datang menemui Sha mengubat kerinduan kepada satu satunya anak tunggal .

'Sha sihat ? "

"Alhamdulillah . Ayah , Sha nk tanya satu benda boleh ? "

" Mesti la boleh . Sha nak tanya apa ? "

"Ayah ada contact mama tak ? Sha rindu mama . "

"... Tak . Dah lama ayah tak berhubung dengan mama Sha . Seingat ayah , kali terakhir ayah jumpa mama pun tiga bulan lepas . Ayah rasa bersalah . Mama pun mana mungkin terima ayah macam dulu . Ayah tak mahu terus sakitkan hati mama ."

"Ayah masih sayangkan mama ? "

"Mesti la sayang ."

Sha senyum bahagia . Terdetik dalam hati , " Aku akan satukan balik ayah dengan mama. Pasti ."

"Aii , senyum sorang sorang pulak dia.
" Ayahnya menyapa . "Teringat kat hero handsome mana ni ? "

Tersentak Sha . Tetiba kepalanya terbayangkan Arif . " Hahaha. mana ada la ayah . takde hero yang lebih handsome daripada ayah . " Ayahnya tersenyum . " Yela tu . Macam ayah tak kenal anak kesayangan papa ni mesti mengelamun kat orang lain ni . " Serba salah Sha nak menceritakan perasaannya terhadap Arif kepada ayahnya, insan yang berjaya mencuri hatinya sekian lama. "Patut ke aku cerita dekat ayah ? Hmm, simpanlah dulu . Sha meminta izin ayahnya untuk balik ke kolej .

Di kolej , kedengaran Nani , rakan sebilik merangkap 'personal assistant' Sha bising bising dalam bilik .

"Ape kena la budak ni kecoh sangat , mengalahkan Mak kiah kat kampung aku . " Ngomel Sha dalam hati . Sampai di bilik , Nani terus mendapatkan Sha . "Kau pegi mana woi ? Telefon ada tak reti nak guna, baik kau buang je lah telefon kau tu . Ada ke zaman sekarang ni budak budak keluar tak bawak phone ? " Marah Nani pada Sha .

Sha tersenyum . "Dah kau ni kenapa ? Apa hal ni , kecoh2 ? Justin Timberlake ke telefon aku ? Nani mencubit perut Sha , "Aku serius ni main main pulak dia . Takde la, bukan Justin Timberlake , Brad Pitt call tadi . Tanya kau pergi mana . Kan dah rugi kau . Padan muka . "

"Eh serius la wehh , siapa call aku ? " "Haaa ingatkan tak nak tau sapa call . Tkde la , tadi Arif , prince charming kesayangan tu call tanya kau . Berpuluh kali dia telefon tau . Kau takde cakap kat dia ke kau keluar tadi ? "

"Alamak ! Aku lupa la Nani . Sepatutnya aku keluar dengan dia hari ni . Aduhh , habis la aku . Macam mana ni Nani , mesti dia marah aku . " Kalut Sha menggapai telefon dan mendail nombor Arif . Tidak berangkat. Sha kecewa . Boleh pulak dia lupakan Arif bila dengan ayah . Haha . Nani buat muka menyampah dengan sikap endah tak endah Sha terhadap Arif . Seingatnya , sudah banyak kali Sha lupa janjinya dengan Arif .

"Aku hairan betul lah kau ni , kau sebenarnya dengan Arif ada apa apa ke tak ? Kejap aku tengok macam kau suka . Kejap aku tengok tak peduli langsung . Arif tu manusia paling baik pernah aku jumpa di alam semesta ni tau tak . Kau boleh but layan tak layan je dia . Kau mental eh Sha ? " Selamba Nani melontarkan kata yang tak langsung tak memberikan kesan pada Sha.

"Haah . Aku mental sebab ade member sebilik yang mengalahkan mak kiah nieee. Dah la, aku nak tido ni . Penat yang amat . Esok aku sambung dengar kau membobel ye cik kiah junior. Selamat malam sayang .hikhik. " Sha terus mengiring membelakangi Nani yang masih memikirkan keadaan sebenar sahabat kesayangannya samada waras ataupun tidak . Erkk .

Esoknya di perpustakaan , Sha dilihat sedang study sorang sorang di sebuah sudut . Arif memberanikan diri berjalan perlahan ke arah Sha dan menyergahnya dari belakang . "Woiii ! " Sha tersentak ," ooo mak kau ! Ishh , apa kau ni , datang bagi salam dulu boleh tak ? " Sha separuh berbisik bila orang sekeliling melemparkan pandangan yang tidak memuaskan ke arah mereka . "Assalamualaikum budak gemokk . " Arif buat muka selamba sambil tarik kerusi di sebelah Sha . "Waalaikumussalam " Sha menjawab salam Arif . "Aku merajuk dengan kau ni ." Arif merenung Sha sambil buat muka sedih . "Kau dah tak nak keluar dengan aku eh ? Aku call pun bukannya reti nak jawab . Aku tak lena tidur semalam tau . " Arif sememangnya manja dengan Sha . Dan itu jugak lah yang membuatkan Sha terpaut dengan Arif . Selama lima semester jugaklah mereka memendam rasa , tidak meluahkan rasa sayang yang semakin hari semakin menggunung disemai .

"Eh , bukan macam tu la . Semalam ayah aku datang . Aku pergi jumpa dia , tapi tak sempat nak bagitau kau dulu . Sorry sangat . Lepas tu aku ada call kau balik , tapi kau tak angkat pun . " Sha terus memujuk Arif kesayangannya . "Dah , kau kena belanja aku makan . Jom !" Arif menarik tangan Sha bangun . Sha mengomel , "Mentang mentang la aku salah sesuka hati dia je nak pegang tangan aku . Aku sepak jugak budak nie . Nasib baik muka Tom Cruise . " Arif berpaling , " kau ada cakap apa apa ke ? " "Eh , takde lah . Mana ada . Kau ada dengar apa apa ke ? Ada hantu kot berbisik kat telinga kau . ngeh ngeh "

Arif tersengih . Mengiyakan kata kata Sha . Walaupun sebenarnya dia terdengar omelan Sha tadi . Hatinya berbunga riang dapat meluangkan masa dengan Sha .

To be continued........ p/s : Esok test LAW sebenarnyaaaaaa. Time macam ni lah rasa mengadaaa nak menulis . Lainkali sambung lagi . Nantikan Arif meluahkan perasaannya pada Sha . Heh . Good night everybody , :)

No comments:

Post a Comment

Miss Se'e