Boleh tak nak balik rumah sekarangg duduk aman-aman dengan keluarga tercinta sambil makan kerang bakar cicah colek sedakkk.
Assalamualaikum.
Sayo banggo jadi anok Kelate. *Iklan
Sekarang ni huru hara di mana saja tak kira lah samada mukabuku, twitter, blog dan mana-mana sajalah hangat memperkatakan pasal perhimpunan BERSIH. Okay, bukan nak cerita pasal tu. Tidak mahu ambik port pun.
Dunia akhir zaman. Itu sahaja yang bermain di fikiran aku. Alangkah indahnya aku rasa jika saat ini, aku sedang bermain mesra dengan adik kesayangan di rumah dan memanjakan beliau seperti dua bulan yang lepas semasa aku asyik dilamun cinta dengan beliau.
Cinta hati tersayang. Ini beliau. Kalau comel bagi berapa bintang ? Saya bagi tujuhbelas
Apekahhh
Serius aku semakin hari semakin takut nak menghadapi dunia. Bila mata dipejam aku pernah berharap supaya aku tidak bangun lagi. Hanya kerana aku tidak mahu melihat kemusnahan dunia oleh penghuni tetapnya sendiri. Mungkinkah aku berkepentingan sendiri ? Setiap orang mengharapkan hidup aman damai. Tanpa memikirkan yang mati itu pasti. Selamat beramal.
Eh, aku dengar ura-ura mengatakan aku tak bahagia di Jengkaa. Tanggapan itu salah sama sekali. Aku sangat bersyukur ditempatkan di Bandar Jengka ini. Oh ye, sekarang ni lebih dikenali Bandar Tun Abdul Razak. kehkeh.
Bukti aku bahagia ?
Jom layan gambar yang mungkin menarik pada pandangan mata sekalian.
Sedang khusyuk menghafal ucapan. Padahal kat depan maen bedal je baca. kehkeh
Saje nak kenalkan budak kelas aku. Eh, takde orang tanya pom. :3
Kami sangat bekerjasama dalam melakukan apa jua tugasan yang diberi.
Ini kawasan TC. *Tetibe
Tak pernah segirang ini di mana - mana pom. Terlebih makan pil ke hape ?
Aku menjadi pelakon tambahan je masa ni. Padahal aku tak diperlukan pom, tapi aku mengadaa nak ikut group member aku pergi menjalankan penyiasatan tentang pembunuhan tragissss dekat Kuantan. HEH. Jangan percaya terlebih dahulu. Sebenarnya group assignment untuk sport management. Buat dekat Kelab Golf dan Rekreasi TUDM Kem batu 9. Lepas tu kamikami termelencong ke Teluk Cempedak. View kat sini memang merangsang perjalanan darah aku untuk mengalir dengan lebih lancar. Bahagiaaanyaaa. Mengarut lah ekau neh.
Innocent looks
Cerita seterusnya, apahal makin ramai balik rumah neh ? Tak reti langsung menjaga perasaan aku yang bersedih hati berbulan tak balik rumah. Yang tak tahan tu, paling dekat dengan universiti ni pun ade keinginan nak balik jugak. Berjaya pulak tu dia menjeleskan aku. Ceyssss. Anda tau siapa anda. Arghhhh
Sekian. Bai
No comments:
Post a Comment
Miss Se'e