Dimulakan dengan bismillah, disudahi dengan alhamdulillah..
Merdu kan suara aku. heh.
Hari ini, 18 Jun 2011. Aku rindu lagi. Eh, bilamasa pernah dinyatakan aku rindu? Mungkin lupa. Yang aku rasa, perasaan rindu tu makin lama makin mengusik jiwa halus aku yang kekosongan neh. Makin aku berlari anak cucu jauh meninggalkan rasa itu, makin aku ingat engkau. Siapakah engkau yang sungguh bertuah tu? Haiihhh. Tolong nyahkan perasaan ini wahai hati. Aku tau kau pun rindu aku kan kan. Tak nak mengaku eh ? Okay, semua rugi.
Seterusnya, sekarang aku mengadap lappy kesayangan walaupun selalunya pada masa ini aku setia menemani abah aku menengok berita utama TV3, tetapi cukup setakat ini. Kerana dalam berita asyik dihiaskan dengan pelbagai berita politik yaang tidak akan habis dijaja sejak aku dalam perut hingga khiamat mungkin. Sumpah bosann. Ada sesiapa yang nak temankan aku berbual malam ni? Malam neh je. Hai hai hai. Jom mengadaa. zzz. Terasa ke'desperate'an sekarang. haha.
Bilamana aku berada di rumah, terasa berat kaki melangkah keluar walaupun ke rumah jiran sebelah. Walhal tak sampai berapa langkah pun. Tak payah lah korang bersusah menaip mesej ataupun membazir kredit menelefon aku dan mengajak aku 'hang out'. Kalau yang paling ngam pun barulah akan dipertimbangkan. Ataupun tetiba Mr. Right datangg rumah lepas tu ajak aku makan eskrim kan besttt. haha. Selain itu, lupakan. Ini kerana pintu pagar lah paling jauh aku melangkah. Bukan bermakna aku lemak ataupun pemalu tahap tak boleh diselamatkan. Tetapi aku memang lebih suka suasana di dalam rumah yang penuh kasih sayang suci.
Perghhhh. Ayat tak boleh nak hiperbola lagi kann. Penulis memang macam neh. Anak sapa laaah ni. Sabo je lahh.
Terima kasih diucapkan kepada anda kerana telah berjaya membaca hasil tulisan aku sehingga tahap ini. Aku telah banyak membebel tanpa hala tuju entah ke mana dah aku melayang dan fenomena ini hanya terjadi apabila aku merindu tanpa kata. Dan tak boleh meluahkan pada orang yang sepatutnya maka belog ini menjadi tempat luahan jiwa aku. Terima kasih Belogku. Kejadahhhh?
Sebelum anda muntah hijau membaca entri aku yang berbaur ancaman ini, aku sudahi dengan lafaz Alhamdulillah. Dan tinggalkan anda hadiah baik punyaaa. Jeng jeng jeng !
No comments:
Post a Comment
Miss Se'e