Saya

My photo
Saya tak suka jiwakacau. Mari sama - sama membanteras ketidaktenteraman emosi.

Aug 5, 2011

Hai

Assalamualaikum.

Tak terlambat lagi kot aku mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-mubarak. Sangat lah lama aku tak buat entri baru kat belog ni. heh. Takde masa terluang aku nak godek-godek kau. Adoi



Hari ini 6 Ramadhan. Untuk pengetahuan semua ( yang nak tau je lahhh ) zzzz. Bulan ni sepenuhnya aku berpuasa di luar rumah kesayangan. Iaitu, di sini. Bandaraya Jengka. Ehh, dah tukar nama samaran sekarang, Bandar Tun Abdul Razak oke. Perasaan aku ? Hmmmmm. Tiada lah rumah terbaik selain rumah sendiri. Waaaaaa ! Nak balik weii. Homesick tahap gaban dah ni. :[




Semalam, tiba-tiba je aku membuat keputusan nak balik rumah sorang - sorang. Kemain lagi. Berlagak la nak balik sorang meredah KTM Jerantut. Aku mesej lah sorang member aku yang stay sini gak inform nak balik kg. Lima belas minit kemudian ( cehh, ayat nak skema je kau ) heh. Nombor tak dikenali tetiba naik kat fon aku. Eh eh aku terangkat pulak. Malang tak berbau tu rupanya bapak member aku yang mesej tadi. Marah - marah aku emo tak pasal - pasal. Punca nya hanyalah sebab aku nak balik kampung. Dia tak bagi aku balik. Nak suruh aku teman anak dia kat sini. zzz. Macam - macam lah yang dia soal selidik aku siap suruh bagi sebab yang kukuh lagi alasan aku nak balik.





"Assalamualaikum pakcik, pakcik salah nombor ni. Saya ni bukan anak pakcik. Sila berhenti membebel sekarang. Oh ye, lagi satu anakk pakcik tu dah besar, boleh jadi mak orang dah pon. Kalau pakcik hantar dia pergi segitiga bermuda pun dia mungkin berjaya balik semula."





Kalau ikutkan hati nak je aku ucap dialog di atas. Tapi aku masih waras. Sabar banyak - banyak. Orang tua ni mungkin baru lepas gaduh dengan sape-sape ni. Ataupun ada masalah besar ni. Lepas tu dia lepas marah kat aku. heh.




Tau apa aku buat ? Aku balik bilik menangis sengsorang. Bapokk manjoo nyoo. HAHA. Orang baru gertak sikit gua dah goyang sehh. Bukan apa, aku tersentuh hati sikit je. Dahla masa tu matric card aku hilang. Tak tentu arah hati aku. Haihhh. Dugaan betol.
Nasib ade orang jumpa. Alhamdulillah.



Tapi sedihnya rasa, hilang terus mood aku nak balik. Dan sekarang aku bosan.


BYE


No comments:

Post a Comment

Miss Se'e