Saya

My photo
Saya tak suka jiwakacau. Mari sama - sama membanteras ketidaktenteraman emosi.

Oct 12, 2012

Anok umie abah laa

Assalamualaikum ! Hari ini Jumaat yang sungguh indah. Alhamdulillah. Sekian lama aku tinggalkan belog ni bersarang akhirnya hari ini baru rasa nak membebel. Iye, aku membebel kat sini sebab malas nak bagi orang lain dengar secara life bebelan aku yang mampu membuatkan telinga mereka berdarah. Lagipun, aku tak suka nak bercerita masalah aku dekat orang lain. Aku lebih selesa pendam sorang sorang sampai akhirnya masalah tu berlalu begitu sajaaaa. Dalam erti kata lain aku tak ambil berat sangat kalau ada masalah. Tak peningkan fikiran nak selesaikan sampai masalah tu hilang dari pandangan. Aku biarkan secara semulajadinya, spontannya, tetiba masalah tu dah selesai. Boleh pulak gitu ? Mesti boleh lahhh. Dalam hidup ni , setiap masalah yang mendatang tu sebenarnya Allah nak menguji tahap kesabaran kita menanggung beban masalah tu sampai mana. Kalau kita mampu selesaikannya sorang sorang maka tak perlulah kita menagih simpati dekat orang lain. Sebab kadang kadang kalau kita bercerita dekat orang lain masalah tu semakin besar , menimbun dan makin rumit jadinya. Tak selesai jugak. Betul lah orang kata, sekurang kurangnya kalau kita bercerita dekat orang , mungkin berkurangan perasaan berat, beban kita menanggung kan ? tapi bagi aku , macam tak best kalau setakat mendengar je, tapi tak boleh nak tolong sama lah jugak baik tak payah dengar. haha. Jadi , kalau nak cari pendengar setia, kita solat. Lepas tu , cerita dekat Allah yang satu je. Dia je yang maha mendengar dan boleh membantu kita dalam keadaan kita tak sedar pun. Kan ? Terima kasih Ya Allah. Sebenarnya dah berbanyak bulan jugak hidup aku tunggang langgang je. Lepas satu satu dugaan menimpa. Orang kata sudah jatuh ditimpa tangga pastu datang lagi budak besar gedebok datang timpa. Betapa beratnya beban dirasakan. lebih kurang macam tu lah apa yang aku rasa sekarang. Perit. Yang pasti , aku yakin aku kuat. Yeah ! -__- Buat masa sekarang aku cuma merindukan suasana gembira bersama keluarga. Berkhelah kat mana mana air terjun. Mandi manda dengan adik2 , budak2 kecik. Ohh indahnyaaa. Sekadar membayangkan pun aku dah rasa tenang. Bila lagi ada masa boleh bersama sama gitu ? aaaa Dukacitanya pula memaklumkan, sepanjang cuti sebulan nanti aku diwajibkan bekerja. wuwuuuuuuuu. Aku nak main melepak kat rumah je niat di hati. Aduhh. Y_____Y
Cukup stress tak muka aku ni ?
Sekarang ni tengah final , ada dalam dua paper lagi menanti. Dan aku masih lagi degil tidak mahu berganjak daripada depan lappy ni dok mengadappp. Malas lagi nak buka buku. Degilnyaaa laaa hai. Anak sapa ni ? Anak umie abah. :)

No comments:

Post a Comment

Miss Se'e