Kata orang gerimis dalam cuaca yang panas dan cerah menandakan orang terdekat kita akan pergi mengadap Allah yang esa. Mungkinkah?
Hari ini menimbulkan tanda tanye dalam fikiran aku apabila keluarnya gerimis yang agak lebat sedangkan hari panas dan cerah? Cuma, sang matahari tidak kelihatan. Perasaanku bercampur gaul. Bimbang sesuatu yang buruk berlaku. Manakan tidak, bangun daripada tido aku merasa mataku berat sekali.
Apabila aku merenung ke langit, lain sangat keadaannya di mataku. Seakan ada benda yang tidak kena. Aku kuatkan semangat. Memulakan hariku seperti biasa, namun jauh di sudut hati kecilku, aku yakin ada sesuatu mengganggu akal fikiranku. Tetapi aku tidak dapat meneka apakah yang sedang berlaku. Aku ingin sekali mengnyahkan segala perasaan yang tidak elok itu.
Aku menelefon ke rumah bagi menenteramkan perasaan tidak tentu arah itu. Lega rasanya setelah bercakap dengan umieku dan bertanya khabar keluarga. Katanya, semua sihat alhamdulillah. Cuma abah kena outstation. Tiga hari sudah. Aku tarik nafas lega.
Gerimis semakin lebat di luar. Kiraanku selepas setengah jam barulah ia berhenti. Setelah itu, keadaan kembali seperti sediakala. Aku berdoa di dalam hati supaya dijauhkan daripada berita yang tidak diingini.
Sayang seribu kali sayang, tidak selamanya kita diberi nikmat kesenangan dari Allah
tapi mengapa sering kita lupa kepadaNya? Aku beristighfar di dalam hati. Mungkinkah sudah tiba masanya? Tiada siapa yang tahu. Aku juga.
Tepat 6.30 petang, telefonku berdering.
Mom's calling.
No comments:
Post a Comment
Miss Se'e