Boleh tak kalau tak luahkan? =,=

"Sha! Dari jauh Arif memanggil Sha yang ingin berlalu pulang. "Yes, Mr Handsome??"
"Err...." Arif berasa segan. "Takde ape lah. hehe. Jalan elok-elok." Arif tersenyum manja. "Larhh.. tu je ke yang nak bagitahu? Cakap la kau sayang aku ke.. ishkk." Ngomel Sha. "Oklah, jumpa esok, bye!"
Sha terus berlari-lari ke rumahnya dalam hujan. Arif melihat sampai Sha hilang dari pandangan.
Arif memendam perasaan. Dia tak yakin meluahkan perasaannya pada Sha. Mungkinkah Sha memberi jawapan yang sudah lama dinantikannya? Adakah Sha juga memiliki perasaan yang sama sepertinya? Kepala pusing memikirkannya lantas Arif membuat keputusan melupakan sahaja niatnya untuk meluahkan perasaan hatinya lalu memilih untuk mendiamkan diri.

Arif cuba menghapuskan perasaan suka kepada teman baiknya sendiri. Arif tidak rela kehilangan Sha. Arif bimbang Sha tidak menerimanya lantas menjauhkan diri daripadanya jika Sha tahu mengenai perasaan Arif terhadapnya.
Esoknya di kelas. "Sha mane wei?" Arif bertanya pada Nani, rakan serumah Sha. "Ntah la aku. Tak datang kelas kot. Tadi aku ketuk-ketuk bilik dia takde respon pun. Aku datang la kelas dulu." Nani memberitahu Arif dengan muka tak bersalahnya.
Arif mula berasa risau. Mungkinkah Sha demam? Detik hati kecilnya. Arif memulakan kelas tanpa Sha di sisi. "Rasa sunyi tanpa Sha".hmmm." Arif mengeluh kecil. Nani terdengar keluhan Arif lalu selamba menyakat Arif. "Weyh, kau dah rindukan Sha ehh? Rilek la bro, baru je sehari kau tak jumpa dia."
Arif tersipu malu. "Mane ade. Kau ni mengarut la. " Dalam hati Arif mengiakan kata-kata Nani. Minah ni kepoh betul lah. Nasib baik Sha takde. Malu aku nanti.
Nani menyambung lagi, "Alaaa, ingat aku tak tau ke korang tu, kalau sorang hilang mesti sorang lagi melilau macam orang gila mencari. haaiihhh.Nape korang tak couple je ek?" Alamak. Soalan ni pulak dah keluar. haih. "Okla Nani aku nak pergi library lah Jumpa lain kali eh. Bye!" Arif berlari tinggalkan Nani terkebil-kebil keseorangan. "Malu la tu." kuikuikui. Nani sengih mengenangkan kisah cinta tak terungkap kawannya.
Di library, Arif sedang kusyuk mengulangkaji pelajaran apabila Sha dengan tiba-tiba menyergahnye dari belakang. "Oit!!" Rajin study. Ngehngeh."Dengan muka comelnye dia duduk depan Arif. Arif senyum memandang Sha. "Pehal kau tengok aku macam tu?" Sha bertanya. "Kau rindu aku kan kan kan?" Sambil menayangkan giginya yang putih tersusun rapi depan Arif. "Takde pun, kau je perasan lebih. haktuihh! Take masa aku nak rindurindu kau. Kau pergi mane siot? Asal tak datang kelas tadi? Aku risau kot." Arif membebel dengan muka seriusnya memandang Sha.
"Aku ade keje la tadi. Awal-awal lagi aku dah keluar rumah." Sha menjawab. Arif pelik. " Kau pergi mane? Kerja ape sampai sanggup ponteng kelas? Penting sangat ke kerja kau tu? Tak menyempat nak bagitau aku ehh? Sha mencebik. "Kau ni lebih daripada bibik kat umah aku la. Membebel je keje kau" Sha menyambung, "Bapak aku datang tadi. Dia ajak aku keluar temankan dia. Katanya dah lama tak luangkan masa dengan dia. Aku rase la kan bapak aku mesti rindukan anak kesayangan dia ni kan. hehe." Sha tersenyum manis. Dua tahun lalu mama dan papa Sha berpisah. Bapak dia menggatal dengan perempuan lain.
Arif lega. "Oh, aku ingatkan kau pegi dating ngan budak mane tadi. Siot. Lainkali ringanringankan la tulang tangan kau tu text aku ke, ni wat senyap je. Nasib baik aku tak pegi balai polis je report kau hilang." kekeke. Arif melawak bodo. Sha membalas, "Dah tadi taknak mengaku sangat kau rindu aku." Arif tersentak. "Yelayela, aku ade rindu kau sikit." Sha senyum lagi, dalam hati berbunga riang. Jarang sangat Sha mendengar ayat bungabunga daripada Arif.
Bersambung. Bila rajin nanti. daadaaa
No comments:
Post a Comment
Miss Se'e