Saya

My photo
Saya tak suka jiwakacau. Mari sama - sama membanteras ketidaktenteraman emosi.

Jan 20, 2013

Kawan ke ?

Satu perasaan yang tidak mampu diungkapkan dengan kata kata bila terlalu mendalam. kecewa. Aku rasa tidak memerlukan kehadiran seorang lelaki dalam hidup. Kecuali insan yang bergelar abah , abang dan adik adik lelaki. Selain daripada mereka aku yakin aku mampu hidup aman damai tanpa sebarang tekanan perasaan . heh. Kedengaran kecewa yang teramat. Kenapa ? Sebab aku ikhlas berkawan tanpa balasan apa apa tapi dengan selamba badaknya aku difitnah bukan bukan. Bagaimana mungkin seorang kawan yang boleh dianggap kawan baik boleh meninggalkan aku tanpa kata hanya kerana seorang awek yang sangat ketara tahap cempurunya yang melampau lampau ? Sangat kelakar bila bertahun kawan susah senang dengan setengah kelip mata sahaja beliau memutuskan hubungan persahabatan yang sekian lama terbina ? Bila difikirkan mungkin tahap kejelesan awek beliau tu mendadak naik apabila dapat tahu aku seorang yang single. Tidak double seperti manusia biasa di zaman ini. Walau pada hakikatnya aku merasa seorang manusia itu tidak pernah berseorangan kerana ada Allah yang sentiasa menemani di sisi. Susah senang tak pernah nak putuskan hubungan. Alhamdulillah. Dengan rela hati aku melepaskan kau pergi. Tahniah , kerana kau telah menunjukkan bahawa kau sebenarnya seorang kawan yang aku tetap akan ingat sampai mati. Selamat berbahagia bersama insan tersayang. Cuma aku nak tegaskan kepada awek tersayang kau tu , aku tak pernah ada perasaan istimewa walau secubit pun untuk pakwe kesayangan kau. Aku memang ikhlas berkawan semata - mata. Tak perlu nak ugut ugut aku pakai cara sms. Tu style lama. Dah lapuk dah. Sekarang ni orang dah up to date dik , jumpa face to face kita main tarik tarik rambut ke. Baru la drama sikit. Kawan tersayang aku pulak sangat lah setia macam lembu dah. Tu tak kawin lagi tapi dah melebihi tabiat orang kawen. Sungguh tak ku sangka kau tegar mengetepikan aku yang sekian lama susah senang sama sama. Aduhh. Aku hanya mampu tergelak bila awek kau tak habis habis text aku ugut aku macam macam. Tak usah bersusah payah , sedikit pun aku tak heran dengan ugutan kau . Membazir kredit kau je text aku bagai. Bila tak dihiraukan boleh lagi cakap aku perempuan pengecut. hahaha. Sangat kelakar. Aku tak perlu melayan perempuan yang overcontrol macam kau neh. Membazir masa. Lebih baik dengar lagu lagu nasyid atau selawat nabi. Lebih menenangkan jiwa perasaan. Kau pun sepatutnya buat macam tu bila syaitan dan nafsu dah tak mampu ditahan. Hanya reti menyakitkan hati orang. Aku tak salah kan kau cuma aku sedih dengan sikap kawan aku. Tak pernah lagi mana mana kawan aku putuskan tali persahabatan sewenang wenangnya. Senang sangat melupakan segala yang pernah kita kongsikan bersama dulu. Senangnya mengucapkan. Tapi sangat lah susah melupakan. Takpe , aku maafkan kau. Semoga kita tak berjumpa lagi. Walau di akhirat sana. Aku doakan kau dari jauh , KAWAN.

No comments:

Post a Comment

Miss Se'e