Saya
- Coklatgetah
- Saya tak suka jiwakacau. Mari sama - sama membanteras ketidaktenteraman emosi.
May 23, 2012
Tentang seseorang
Yeah ! Jam berdetik menunjukkan angka limaaaa. Dan aku masih terkebil - kebil. Pehal aku tak tidur lagi neh ? Memecahkan rekod hidup ni. Akhirnya berjaya mendapatkan mata panda. wakakakakaakaaaaaaaa. *berlebihan pulak gelak
Esok InsyaALLAH berpuasa sunat. Sekejap sudah kita dah pun dalam bulan Rejab. Bulan paling senang dimakbulkan segala doa umat Nabi Muhammad s.a.w. Jadi dalam bulan ni jom kita sama sama menjejak mimpiiiii. Eh bukan, jom sama sama kita perbanyakkan amalan sunat. Puasa, baca al - quran, semayang sunat dan bersedekah. Paling penting, mohon keampunan dosa dosa lalu kepada Allah s.w.t. Pagi pagi buta dah bermuhasabah diri. hehe. Takpe, aku pun ingatkan diri sendiri sebagai renungan kita bersama. cewahh. ahaks !
Aku nak berkongsi cerita pasal seorang kawan. Biarlah dikenali sebagai Tengku sahaja. Darah kerabat. Aku mengenali dia hanya dalam ruangan chatting. Kawan alam maya. Berapa lama aku kenal dia ? Dua tahun. Seperti kita smeua tahu, kalau berdarah kerabat semestinya sangat cerewet dalam kehidupan dia. Sebab memang dah diajar sejak kecik begitu. Tengku ni sangat cerewet. Dalam semua hal. Pemakaian, makanan, kerja, perempuan, sukan, kereta, segala macam benda. Pendek kata, lifestyle dia sangat berbeza dengan aku. Ibarat langit dan bumi. Jauh lagi mungkin. Mungkin disebabkan perbezaan yang ketara tu kami menjadi rapat. Saling menceritakan kisah hidup secara tidak langsung. Tanpa segan silu, malah dengan penuh rasa bangganya dia menceritakan kisah hidupnya yang mewah. Dikelilingi orang orang bangsawan, projek projek yang bernilai jutaan ringgit, perempuan yang tak pernah putus berdamping, boleh dikatakan kehidupannya perfect. Dan dia bahagia dengan kehidupannya sekarang.
Aku sering terfikir motif dia menceritakan semua kisah hidup dia kepada aku Walhal tak pernah bersua muka dengan aku walau sekali pun, boleh pula dia percaya pada aku ? Selamba dia beritahu aku pasal gaji, akaun bank, kad kredit, rumah dia. Yakin kah dia aku seorang yang baik ? Macamana kalau aku tetiba berniat jahat? Dia sering menyindir aku. Pelbagai benda. Setiap yang aku ceritakan kepada dia, dia pasti akan sindir aku balik dengan macam macam kata yang menyakitkan hati aku. Dan aku pelik kenapa aku boleh biarkan dia terus menerus menyiksa jiwa raga batinku dengan perangai dia yang pelik tu. Aku tak pernah sekalipun cari dia dalam hari hari aku. Sebab aku sebenarnya tak suka dengan perangai anak orang bangsawan ni. Semacam. Dan langsung tak sejiwa dengan aku. Semua benda nak betul dia jee.Takkan dengar dah pendapat orang lain. Menjadi kepantangan dia kalau menolak fakta yang dia utarakan. Habis kau je la yang betul ? -__- Boleh dikatakan tetiap hari aku bergaduh dengan dia. Ada saja benda yang dia tak puas hati dengan aku. Dalam satu satu masa dia akan cari point nak bahas dengan aku. Dan dia akan pastikan aku sakit hati dan bahas sekasar mungkin. Sebab dia tau aku tak suka orang cakap kasar. Dan benda yang aku tak suka tu lah dia paling suka nak buat. Best kan ? Main mainkan hati perasaan orang. Tulah yang dia selalu buat. Bagi dia, benda tu bukanlah apa apa. Tapi kau sebagai lelaki yang memang dah berpengalaman banyak dengan perempuan sepatutnya tahu, walau sekecil2 perkara boleh membuatkan seseorang perempuan terguris. apatah lagi kau bercakap kasar dengan dia. Aku langsung tak hormat orang lelaki yang cakap kasar dengan mana mana perempuan sekalipun.
Satu je aku nak pesan, kau nak berkasar dengan perempuan, kau ingat mak kau. Orang yang lahirkan kau semestinya seorang perempuan yang kau paling sayang kan. Kalau kau berkasar dengan perempuan samalah macam kau mengasari mak kau sendiri. Tapi, aku naik hairan jugak. Walau dah banyak kali Tengku tu berkasar dengan aku, aku tak pernah marah dia. Sikit pun tak. Aku bersabar je. Tinggikan suara apatah lagi. Bukan jenis aku. Masih lagi berkawan baik sampai sekarang. Dekat dua tahun dah. Kalau nak ikutkan hati dah lama aku nak hilangkan jejak. Biar dia tak boleh cari aku dah lepas ni. Biar meraba raba sengsorang. *oh ayat aku macam pelik. Nak tau kenapa ? Sebab kalau aku gaduh atau cari pasal dengan dia, sejam lepas tu dia mesti datang cari aku balik. Yang aku angin tu, dia boleh buat buat lupa macam takde benda yang jadi sejam yang lepas. Selamba je tanya aku dah makan ke belom. -___- . Over. Aku pun bertindak benda sama. Buat macam pergaduhan sebentar tadi tidak berlaku. Kebal kan kitorang ? Padahal dalam hati membaraaaaaaa.
Tahu tak satu rahsia pasal orang perempuan ni, mereka dikurniakan daya ingatan yang sungguh baik. Setiap perkara yang berlaku walau sebesar kuman sekalipun mereka tentu ingat sampai mati. Jadi, nasihat untuk anda kaum Adam tersayang, sentiasalah beringat ingat dalam mengutarakan setiap kata kata , pandangan atau muslihat. Banyakkan bersabar dengan kami kaum Hawa sekiranya kami menimbulkan hal hal yang comel. Jangan terburu buru naik angin marah marah. Kalau kau dah marah marah sembur segala macam kata, kasar pulakkk takde kelembutan atau berhemat dalam menegur kami kaum perempuan, maka kau akan sentiasa diselubungi rasa bersalah kerana kami mungkin akan sentiasa 24/7 menyindir kau atas setiap kata kata kau sendiri yang pernah kau lontarkan kepada kami. huargghhhuarghhhhuarrghhh * gelakjahat + tak pernah gelak gini. Tak sopan langsung. wakakakaaa. Tukar gelak lain yang lebih sopan. *mihmihmihmihhh.
Oh, termelencong ke sana sini pulak. Sambung cerita budak Tengku tadi. Tak teringin ke nak jumpa dia ? hmmmmm. Entah lah. Dulu masa awal perkenalan ada jugak terdetik nak kenal batang hidung mancung patbelas inci dia tu. Tapi setelah sekian lama aku mengenali beliau, automatiknyaaaa aku takde perasaan dah. Mungkin sebab memang jenis aku tak suka keluar jumpa orang semata mata nak berkenalan. Atau sebab utama dia dah terlalu banyak buat aku terguris hati perasaan limpa usus perut segalaaa. Jadi aku fikir macam takde guna aku jumpa orang yang suka sakitkan hati aku. Kalau dalam alam maya ni dia dah berani nak buat aku sakit hati apatah lagi dalam dunia sebenar kan ? Sepuluh kali ganda lagi aku rasa dia kenakan aku bila jumpa. Entah entah masa jumpa dia bawak bom tangan letupkan aku. wakakakaaaaa. Dia dah banyak kali ajak jumpa, tapi mentah mentah aku tolak. Biar dia rasa. Dia ingat semua kehendak dia orang nak kena ikut ? Biar berdarah kerabat kerajaan langit sekalipun , aku tak tunduk pada kau. Kau bukan berkuasa atas muka bumi Allah ni. Kau pun sama makhluk ciptaan Allah. Sama je darjatnya dengan aku. Cuma bezanya kau diberi kelebihan nikmat sementara di dunia. Aku akui, aku memang tak layak pun nak bertemu mata dengan kau. Apatah lagi jadi sahabat baik. Jangan mudah hanyut dengan nikmat kekayaan yang kau ada. Tak boleh usung masuk kubur pun semua tu. Yang kau kena tekankan hubungan kau dengan manusia. Jagalah setiap perkataan kau jangan sampai orang sekeliling kau tetiba hati pecah pecah menjadi kepingan layu. Broken heart sebenarnyaa. hahaa. Kalau kau nak bergurau sekalipun, fikir lima juta kali. Sesuai ke tak kau taruk ayat tu nak buat bahan dalam gurauan kau. Hati perempuan ni tak sama dengan hati kau. Ohhhhh, aku rasa sangat sensitippp sekarang. Akukah ini ? ahahaha. Tapi jangan risau, aku selalu berharap dan doakan kau mencapai impian kau yang belum tertunai.
Kesimpulannya tak perlulah aku berjumpa dengan orang seperti dia. kan ? Terlalu kerdil aku di mata beliau. Memang dia tak pernah menganggap aku sebegitu. Tapi aku ingat dengan jelas kata2 beliau bila selamba badaknya mengungkapkan yang aku langsung tak layak nak bercakap apatah lagi bergaduh mulut dengan dia. Lepas tu dia sambung belakang ayat dia yang best tu pegi berambus !
Hamboi. A+ aku bagi skor diaaaaaa.
Ok lah. Dah subuh. Cerita pun dah habis. Jumpa lagi di lain entri. Assalamualaikum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Miss Se'e