Saya

My photo
Saya tak suka jiwakacau. Mari sama - sama membanteras ketidaktenteraman emosi.

Apr 28, 2012

Perempuan

Assalamualaikum. Sangat lah bosan kalau aku dah mengupdate belog kusam neh. ahahaha. Ayat normal untuk setiap pengenalan ayat. Ahh, peduli apa aku. Yang penting belog ni aku punya. Suka hati aku nak tulis apa, bila, di mana dan bla bla bla *wahberlagaknya kau. Tamapr muka sendiri, pingggg ! zzzz Dah cuti dua bulan apa lah sangat yang aku buat kat kampung. Menternak lemak siang malam. Best jugak. Dengan secara tidak langsung aku dapat mengetahui sebab musabab akibat punca kesan implikasi makanan - makanan yang aku makan hari hari. Dalam penyelidikan aku, makan nasi sekali sehari pada waktu breakfast sahaja memang mujarab untuk kuruskan badan. Pada waktu malam pula, kau minum je air kosong banyak2. Redha lah kalau kau terpaksa berulang ke tandas setiap minit. Kalau boleh, tido je dalam toilet tu. eh, salah. luar toilet la. Dalam toilet tak boleh. nanti bersama sama syaitan durjana. Nauzubillah. Berbalik kepada cerita kita, manakala, untuk menambahkan lemak atau dalam erti kata lain berat badan yang ideal, maka aku sarankan kau makan roti tetiap malam. Secara langsung tubuh kau akan berisi dengan cantiknya. *Cantik di sini bagi yang suka berbadan besar. Seksi tauuuu. Oh, abaikan ayat aku yang dah lemas entah ke laut mane hanyut. Bahasa Melayu failed. muahahaha. Apa pandangan kau kau semua cantiknya seorang perempuan ? Adakah apabila beliau mengenakan baju yang tidak cukup kain ? Mendedahkan segala harta yang ada ? atau perempuan berambut panjang yang selalu menjaga keindahan rambutnya sambil melibas - libas depan kau sambil mengerling menggodaaaa. Ataupun cantiknya perempuan itu apabila beliau sentiasa tunduk menyembunyikan keindahan mata beliau setelah menyembunyikan harta2 beliau yang lain ? Perempuan solehah. Atau perempuan yang belum solehah ? HEHE. Aku terbaca satu ayat yang dipetik oleh seorang kawan lelaki , "perempuan kurus2 boleh lah nak buat awek, tapi kalau nak buat isteri aku nak yang badan sedap. " zzzzzzz. Aku musykil, sedap di situ bermaksud, gemuk atau macamane ? ahahaha. Cantiknya seorang perempuan adalah sangat subjektif. Ada yang mengklasifikasikan cantiknya perempuan jika mempunyai kulit putih gebu yang halus lagi mulus. Muka berbentuk telur penuh terisi. Tinggi lampai. Tubuh sedang sedang saja, tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk. Ideal. Sopan santun. Lemah lembut. Pandai bergaya. pertuturan yang baik dan dijaga. Pergaulan yang baik. Peramah. Banyak lagi lahhhh. Tu yang aku survey dalam ramai2 orang. Pelbagai jawapan yang aku terima. Tapi bagi aku semua perempuan mempunyai kecantikan yang tersendiri. Dan seorang perempuan itu sangat lah cantik jika pandai menguruskan kebersihan dan keperluan diri. Sesiapapun yang kemas dan bersih personalitinya, akan nampak cantik dan menawan. Disertakan pula dengan senyum yang penuh manis dan ikhlas. Tak perlu mempunyai tubuh atau muka yang cantik. Setiap orang ada mempunyai kelebihannya masing2. Cukup sedap mata memandang dan terbit perasaan tenang dalam melihat air muka seseorang perempuan itu sudah cukup. Biar muka hitam manis. tapi hati budi kaya dengan kelembutan dan kebaikan tersendiri. Cuba kau sendiri bayangkan, pergi jejalan, lepas tu tertengok seorang perempuan yang selekeh, selenger, serabai tak terurus. Muka yang tak berapa nak cuci, rambut kusut masai, bau yang semerbak macam tak mandi setahun. Pandangan kau ? Hmmm. tapi malangnya beliau seorang perempuan gila. wakakakaka. Walaucamanapun, beliau tetap cantik. Sebab beliau tidak tenteram di dunia, tapi Allah menjanjikan yang terindah buat orang seperti beliau di akhirat sana. Subhanallah. Allah maha adil. Tapi aku takut dengan orang kurang waras ni. Bertentang mata pun aku pantang. Aku akan merasa satu tusukan tajam yang membunuh jika bertentang mata dengan orang2 sejenis mereka. Takut gilaa. Padahal dorang tak herankan aku pon. Aku yang syok sendiri. Pernah sekali aku lalu sebelah laki yang tak berapa waras ni, mula2 lalu aku tak perasan dia ni jenis tak waras. bila dah sebelah menyebelah aku terperasan renungan pelik beliau. Pecut sejutaaa aku. Dia pom macam best kot tengok aku lari di samping dah lama beliau tak main lari lari aku agak lahhh. Beliau dengan gembira mengejar aku dari belakang. Dah klimaks cerita nie. hahahaha. Tapi aku tak kalah di kaki beliau. Aku tinggal jauh dia kat belakang. Takut punya pasal, aku berpaling belakang je dia dha hilang. Takde. Risau gak kot dia nak main cikucak dengna aku. Dah la sorang masa tu, fuhhhhh. Trauma. Sekarang tengok jauh2 je kalau jumpa. Pastu senyum. Bajet senyum comey ahh. hahahaa. Terpanjang pulak, tetiba cerita pasal orang gilaa. he, Yang utama kat sini, aku nak cerita pasal perempuan cantik je. Menyimpang dah ke manaaa. Apa pun, aku ucapkan tahniah kat semua perempuan di dunia sebab dilahirkan sebagai perempuan. Ingat satu je, kitalah kaum yang paling senang masuk syurga, dan kitalah jua kaum yang paling senang masuk syurga. Semua terletak atas pilihan kita. Rasulullah telah bersabda : Berbahagialah mana mana perempuan yang menjaga solat lima waktunya, menjaga lidah dan kemaluannya, mentaati suaminya maka pilihlah mana mana pintu syurga untukmu. Sesungguhnya sebaik baik perhiasan dunia yang diciptakan Allah.adalah perempuan solehah. Bersyukurlah kita dilahirkan sebagai perempuan. Muslimah. Diserikan dengan cahaya Islam. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Miss Se'e