Kalau padi, kata padi.. tidak aku tertampi - tampi.
Kalau benci, kata benciii tidak aku terus menanti - nanti...
Kalau dah orang tamau, jangan la menagih kasih. huh. !
Emo seketika. Hehe.
Kenapa diciptakan orang yang susah sangat nak faham bahasa melayu yang indah lagi mempesonakan neh. Sebab nak tengok tahap kesabaran kita melayan karenah beliau. Sekali dijelaskan, masih tak memahami. Berterus terang pun masih sukar faham. atau sengaja buat tak faham eh ? Aku syak, sengaja. Memang sifat semulajadi lelaki kot. Aku pernah terbaca dalam buku, dia tulis, lelaki ni kalau dia nak mengusha perempuan, sekali penolakan daripada perempuan tu bermakna, sila cuba lagi lain kali. eh ?
Lepas tu bila baru nak faham kalau perempuan tu memang seikhlas hati menolak ? kena cakap cemanoo ? mwehehe.
Tapi aku bukan lah nak patahkan hati limpa perasaan para lelaki, memang kalau nak mengusha perempuan ni korang kena tunjuk usaha lebih laa. Kalau tak bersungguh bila nak berjaya ye idokkk.Tengok lah keadaan semasa, siapa siapa sekalipun aku rasa boleh faham situasi seseorang tu kalau dia memang tak layan. tak susah pon, carri jee yang lain. bunga bukan sekuntum kan, settle. Cuma, kalau perempuan jenis aku, sekali aku kata A maka A lah jawab dia. Sekian.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment
Miss Se'e