Saya

My photo
Saya tak suka jiwakacau. Mari sama - sama membanteras ketidaktenteraman emosi.

Jan 8, 2012

Nyah kau dari hidup aku.

Entah perasaan apakah yang bermain main di jiwa. Aku merasa sunyi. Menunggu kau menegur aku. Mungkinkah ? Walau aku serba tahu setiap perkara yang kau lakukan kau tak akan pernah mengingat aku. Kalau kau ingat pun, sekuat hati kau cuba menafikan. Mana mungkin kau mengetepikan ego kau yang menggunung di puncak sana yang indah lagi penuh kesempurnaan. Aku hanya mampu bermimpi untuk mengatakan kau mungkin merindukan aku. Aku hanya boleh diibaratkan seekor kuman yang tak akan mampu bersaing megah di sisimu. Kau berhak menunjukkan rasa megah yang memang telah sedia wujud dalam sekeping hatimu. Kau tidak pernah kecewa dalam menuntut apa jua yang diinginkan sepanjang hidupmu. Kau memang sempurna dari segala sudut. Siapa yang berani menolak kau selain aku ? Aku tak mampu. Kau terlalu tinggi darjatnya. Apa sahaja yang kau inginkan sekelip mata kau mampu dapatkan. Sedangkan aku selalu mengalami patah hati dalam mengimpikan perkara terindah dalam hidup aku. Kau hanya aku kenal dalam alam maya, tetapi kenapa memberi kesan yang mendalam kepada seluruh jiwa aku ? Kenapa kau meracuni perasaan aku supaya menyimpan rasa yang tidak sepatutnya aku semai sejak pertama kali kita berbicara. Aku mengakui kau bukanlah seperti yang pernah aku kenal. Kau lain dari yang lain. Kau pandai menduga hati aku tanpa aku sedari. Kau memahami seluruh perasaan aku seolah - olah kau pernah hidup dengan aku di generasi lepas. Siapa kau sebenarnya ? Boleh ke aku biarkan kau terus menerus menyeksa seluruh perasaan aku ? Aku cuba melupakan kau ketika kau turut menghapuskan aku dari ingatan kau. 200 hari kita diam seribu bahasa. Aku biarkan kau dengan cara kau dan aku seperti biasa meneruskan perjalanan hidup aku. Tapi aku hairan bila kau muncul kembali . Niat kau yang sebenarnya mungkinkah sekadar untuk menduga hati aku ? Sejauh mana kewujudan aku dalam diari hatimu ? Adakah terlakar namaku di dalam diari mu ? Satu - satunya lelaki yang aku kenal mempunyai diari. Kita sama - sama ego. Sangat tinggi. Aku mahupun engkau tidak pernah melafazkan rasa. Berbulan - bulan lamanya kita hanya berbual kosong berkongsi cerita yang remeh temeh. Namun, ketahui lah setiap saat aku kenangkan kau. Tak pernah sekalipun aku melelapkan mata tanpa membayangkan kau. Peliknya, aku tak pernah mengungkapkan rasa bila bersama kau. Apakah makna di sebalik perkenalan kita ? Aku benci kau. Mulut aku selalu mengungkapkan yang aku benci dan menyampah dengan kau. Tak ada satu pun hal kau yang buat aku rasa bahagia. Bila berbicara kasar dan penuh dengan perkara yang menyakitkan hati. Tapi aku simpan lama semua tu ? Macam mana aku nak buang semua tu ? Tak boleh buang. Kalis. Aku yakin hikmah yang ditentukan Allah saat aku mengenali dia. Walau apapun yang ditentukan Allah aku bersyukur kerana meminjamkan aku rasa gembira bila bersama dia. Jika benar dia ditakdirkan untukku, semoga dipermudahkan jalan. Aminn. Tapi, kalau boleh tak payah lah. Runtuh rumah aku bergegar gaduh. =,=

No comments:

Post a Comment

Miss Se'e