Saya

My photo
Saya tak suka jiwakacau. Mari sama - sama membanteras ketidaktenteraman emosi.

Dec 21, 2011

Dua tiga kekasih.

Assalamualaikum.


Hari ni tetiba kepala otak aku terfikirkan pasal seseorang. Bukan mantan kekasih mahupun bakal kekasih. Kekasih ? Ponggg bukan. keh keh. Biar lah rahsia. Pada pendapat korang antara lelaki dengan perempuan mana yang lebih setia ? Laki ? Perempuan kot.


Dalam purata kajian aku, lelaki lebih cenderung untuk berskandal dengan perempuan lain berbanding perempuan. Mungkin kekasih yang sedia ada masih tak memuaskan hati beliau. Kenapa aku cakap begitu ? Sebab aku ada seorang kawan lelaki yang tak kurang dan lebih kehenseman beliau. Bukan semua lelaki la. Mungkin sesetengah sahaja. Kawan aku tu sudah tiga tahun menyemai kasih dengan awek dia. Tapi dalam dia berkasih sayang tu sempat pulak dia berskandal dengan perempuan lain. Dia bercerita dekat aku la ni. Bila ditanya kenapa, selamba dia jawab sebab saja nak hilangkan boring. Bolehhh ? Kalau dah boring asal kau tak tinggal je awek kau ? Beliau menegaskan yang beliau sangat sayangkan awek die. Mustahil beliau tinggal. Dah tu, boleh pulak kau nak berskandal dengan orang lain ? Kalau awek kau buat hal yang same kau kisah tak ? mesti teramat kisah. Kalau tak kisah memang kau takde perasaan. he he he. Dia tak mempedulikan kata2 aku yang sangat bermakna tu. ceh. Jadi sampai sekarang dia masih berskandal dengan perempuan lain tanpa pengetahuan awek dia. Ish ish ish.




Aku yang dengar cerita dia tetiba pulak nak emo. Bukan ape, aku cuba membayangkan aku di tempat awek dia. Mesti kecewa kalau tau dia diduakan. Lagi - lagi si dia curang di belakang kau. Lagi frust menonggeng kalau perempuan yang dia buat skandal tu limapuloh kali terserlah keindahan wajahnya. oh, tidakk. Aku tak sanggup. Sila ceraikan aku talak dua setengah. keh keh.



Kesimpulannya, kita tak payah percayakan orang seratus peratus. Percaya setakat sedang2 jehh. Sama je mahupun lelaki atau perempuan. Kalau dia tanya tu, contohnya, u tak percayakan i ke sayang ?jawabla korang percaya sepenuh hati sekadar nak sedapkan hati dia. wakakaka.

No comments:

Post a Comment

Miss Se'e