Saya

My photo
Saya tak suka jiwakacau. Mari sama - sama membanteras ketidaktenteraman emosi.

Nov 23, 2011

Rumah sewa

Assalamualaikum.

Sedikit sebanyak kehidupan sebagai seorang pelajar memang meletihkan. Bukan itu yang perlu diambil kira, tapi cara kita berusaha nak mencapai apa yang ditargetkan. Sekarang aku dalam semester tiga, musim pertengahan orang kata. Berkebetulan aku terpaksa keluar daripada kompleks dan duduk luar dalam erti kata lain, RUMAH SEWA.


Memang best duduk luar jika kau berkemampuan memiliki sebuah pengangkutan. Yeahh ! Dengan bangganya aku nak beritahu aku takde kemudahan pengangkutan sendiri maka dengan rasminya aku merelakan diri mengejar bas setiap hari tanpa segan silu atau mempedulikan segala halangan mendatang. Y___Y


Sebenarnya masa dalam perjalanan aku mengejar bas tadi aku telah meredah beberapa kilo lumpur. Terbaik kann. Habis sandal dengan kaki seluar aku bertompok indah mempamerkan corak seindah peta malaysia. Oh ye, tahniah Malaysia untuk kemenangan di Sukan Sea walaupun tumpas pada Syria untuk malam ni. Kau tetap berjasaaaa ! Melencong. -..-



Berkaitan rumah sewa ni aku hairan seratus peratus macamana rumah dekat kawasan Bandaraya Tun Abdul Razak atau nama pendeknya JENGKA (hutan belantara) ni boleh mahal gilakk. Kenapa mesti ikut sekepala eh ? Kami masih lagi student. Memang ramai yang dapat pinjaman ptptipu tu. Tapi aku terkecuali. Boleh tak bagi rumah charge yang mahal tu dekat orang yang ada loan jeh ? mwehehehe. gurau bodoh je. Sila tampar aku sekarang.




Tapi serius ah tuan rumah kat sini lebih rela busuk hati menghalau pensyarah yang menyewa kat rumah dia semata - mata nak sewakan rumah tu kat student dengan alasan student boleh bayar lebih. Kejadahhhhh ? Tak ikhlas ah gitu weyhh. huuuu


Walaupun begitu aku bersyukur rumah sewa yang aku dapat ni ok.


Kawasan rumah sewa aku ni nama tempat dia Jengka Impian. Dalam rumah aku nasib baik lah ada empat orang sahaja termasuk tuan rumah. Ade tiga bilik. Aku duduk dengan salah seorang member sekelas aku. Lagi sorang budak PHD yang aku tak pernah jumpa lagi dia sebab sibuk dia mengalahkan menteri. Oh ye, tuan rumah aku ni single mingle lagi. Dia kerja kat bandar, maghrib baru nampak muka dia balik. Rumah ni boleh diumpamakan rumah aku bersama member aku tu. Ini kerana kami hidup berdua je setiap hari menggunakan segala kemudahan yang ada dalam rumah itu sesuka hati kami. Sebulan, kami dikenakan RM100 tidak termasuk air api. Sekepala. Mahal tak bagi kau ?






Bai

2 comments:

  1. Kejadah RM100 sebulan, sekepala???? And dia halau pensyarah sebab nak suruh student masuk sebab student lagi sendang handle. Pensyarah ni leceh sikit, ada je nak argue. Student ni kalau argue, dia boleh kata kita ni kurang hajar,and blah tanpa layan argument kita.

    Still, KEJADAH APA MAHAL CAMTU KAT AREA TU??Melati pnah gi sana, mmg hutan je lebih! Kat Kajang ni, apartment RM400 or rumah teres RM800 boleh duduk berapa ramai yang kita suka, asalkan x byk kerenah. Isk, korang takde tempat lain ke? Cari la tempat lain. Owner tu macam jahat je...

    ReplyDelete
  2. Memangggg. Masalahnya semua rumah kat situ gituuu. And owner dia agak melampaui batas. Takde batas pon sebenarnya. Argghh. Rasa macam nak pindah U terus weyhh. :(


    Satu lagi aku nak pesan, kau dah kaya nanti kau cari la tanah sebidang dua buat rumah besar kat situ dan sila ambik kesempatan dekat budak UITM. -_______- keh keh keh. JENGKA METROPILIS.

    ReplyDelete

Miss Se'e