Tadi terbaca ade satu blog budak lelaki. Comel je bila aku baca blog budak tu yang meluahkan segala macam perasaan dia dalam bentuk tulisan. Sweeeettt gitu. Jarang kan ade lelaki yang suka menulis. Ade, tapi tak ramai. Ditekankan, ADE, tapi tak ramai. heh. ahaks ! Ni iklan jeh.
Point seterusnya, [dah macam buat esei puloks.] heh.
Esok aku ade test CTU. Ape tu ? Dia macam sejenis subjek yang boring bagi aku. Sebenarnya subjek yang paling aku minat, tapi bila sesi pembelajaran dan pengajaran tu tak berape nak menarik menyebabkan aku rasa sem ni sangat lah memboringkan bila tiba masa aku kena menghadap 'si dia' dalam kelas yang muka pom memang boring. Kenapa boring ? Sebab aku suka kalau seseorang tu mengajar ataupun menyampaikan walau sedikit ilmu dengan berbicara dengan senyuman penuh keikhlasan. Tak penuh ikhlas pun takpe la asalkan ade sedikit.
Hambooihh, demand la puloks ekau. heh.
Oh ye, aku belum sentuh ape - ape bentuk nota pom lagi ni untuk persediaan hari esok. Mungkinkah aku berjaya menepis segala dugaan, godaan serta pelbagai krisis lain untuk meneruskan niat yang suci untuk memenuhkan ilmu CTU di dalam dada ini. arghhh.
Kejap eh, jap lagi aku buka nota. Serius. Janji.
Sebelum itu, aku suka dengar. Jangan complaint. he, Bye
No comments:
Post a Comment
Miss Se'e