Kasih yang suci
Aku tetap kan setia
Bersama janji yang dibina
Mengapa engkau berubah di saat cinta di penghujungnyaaaPermulaan yang tragis. Okay, meh tukar channel.
Aku naik hairan bila memikirkan dengan mudahnya seseorang perempuan mengikut telunjuk si dia dalam erti kata lain kekasih hati mereka. Mungkinkah mereka berasa bahagia diperlakukan sedemikian ?
Tak dinafikan orang perempuan ni memang memerlukan perhatian dan belaian manja lelaki, tetapi kalau dah mengongkong dan mengawal setiap pergerakan seharian dianggap takpelaaaaah, tu tandanya dia sayangg. Errr. Speechless.
Kalau diikutkan hati limpa aku, paling pantang kalau ada lelaki yang cuba-cuba nak mengawal aku. Terbatas dan aku rasa lembikk. Macam setiap benda aku tak boleh nak lakukan sendiri. Adoooi. Naik habis segala lemak-lemak kalau itu ini tak boleh nak buat. Kau suka ?
Lagi satu yang menjadi persoalan aku, kenapa kalau bercinta, semua benda yang dikaitkan dengan kekasih hati mereka indah indah je kan. Bab kata orang, kentut masam kelat pun jadi wangi. Kau nak kentut depan lubang hidung pun takpeeee. Tak kisah.

Derrr. Aku tersangat kesahhh. Jangan berani berani nak kentut depan aku, sila jauhkan diri anda seratuskilometer yang boleh. haha. Kalau dah namenya kentut, memang lah takde yang wangi. YB kentut pun still bau dia..... same tak dengan kau ? Same je aku rasa. dengan aku pun sama, cuma kau kentut lagi busuk. haha. Oh ye, kenapa kentut menjadi persoalan di sini ?
Sebab dah banyak kali jugak lah aku dengar, bila tengah heaven bercinta ni, takde yang buruk pun, kau akan anggap segala-galanya perfect. Dia lah segala-galanyaaaaa. wahhhhh *Tangan kedada mata ke atas*
Ehh, tapi tak semua begitu. Bukan aku cakap majoriti macam tu. Contohnya, ade je kawan aku yang selamba ber'gua' 'lu' dengan awek dia. Tak jiwang langsung pun. Dan tak pernah mendedahkan dekat orang ramai yang mereka tu sebenarnya dalam hati ada taman. Boleh je dikategorikan bercinta. Tapi dalam hati mane kita nampak kan. Terpulang individu masing-masing. Bagi aku yang selamba gini lagi best daripada ber'ayang' 'baby' dan yang pernah popular dulu membahasakan diri mereka papa mama. wakakaka. Romantik gituu. Belum kawen dah ade title mama papa. Kau adoo ? Ado la tu. hihi
Kalau dah jodoh tak lari gunung dikejar. Kau kena percaya dengan setiap janji Allah. Tak payahh nak maen copcop sangat. Kalu kau main lari lari dengan orang yang gilakan kau pun, still kau dengan dia gak bila dikaitkan dengan jodoh. Kita tak tau siapa dan bagaiman jodoh kita, cuma yakinlah kita akan dapat seseorang yang memang ditakdirkan dan paling terbaik dalam kalangan kita. Kau nak yang perfect ? Kau perfect kan lah diri kau dulu. Insyallah dapat. Kalau kau sendiri pun dah macam Ali budak setan, ehh, tetiba.
Okaylah, terpanjangkan entri dah ni. Banyak tazkirah pulak hari ini. Sebelum itu,
Cuba kalau kau bayangkan macam Nora Elena. Best kan kan kan. Aku dah obses sekarang. Haaa, aku dah angau dengan cerita nehh sekarang. Pada pandangan aku lah, secara personal, adalah sangat bagus sekiranya orang melayu kita nehh buat je semua cerita cinta berdasarkan novel-novel kita. Beest ape. Hidupkan semua wata-watak dalam novel. Senang cerita. Lagipun, aku yakin memang lumayann meletopss kebabommm market diorang.

Sangat lahh menarik jalan cerita Nora elena nehhh. Jom tengok babak best.
No comments:
Post a Comment
Miss Se'e