Saya

My photo
Saya tak suka jiwakacau. Mari sama - sama membanteras ketidaktenteraman emosi.

May 21, 2011

Sikap perempuan

Assalamualaikum. Dan hai. Selamat sejahtera tuan puan sekalian. lol

Topik BESAR hari ini adalah, sikap perempuan yang lelaki kena tahu. Dan faham. Biasa lah perempuan kan sukar difahami. ececee.

Tapi satu benda yang laki(terutamanya adik2 lelaki serta abang aku) selalu persoalkan.

Kenapa perempuan suka mainmain dengan kamera? Adakah kerana beliaus seorang yang :



A - Mengada

B - Bosan

C - Bangga, Riak dan takbur

D - Hobi

E - Mempunyai DSLR baru

F - Bercita-cita model antarabangsa

G - Memang MODEL

H - Jealous tengok orang lain upload gambar lawalawa, stylo milo and up-to-date
dalam FB. zzz

I - Membuktikan yang beliaus jugak seorang
yang camwhore. Dan style.
(biarlah tak pom !) Yang penting ADA GAYA
walaupun takde sebenarnya.

Ayat keling.

J - Bersikap penyayang. Ade kaitan eh

K - Anda tentukan. Huargh huarghh huarghhh (Gelak jahat)




Kalu diperhatikan rata-rata social networking
(wahhh, speaking) majoritinya perempuan lebih aktif bergiat dalam kegiatan mengupload gambar2 terbaru yang dikira NEW PIC. Mengapa ini terjadi ? Ayat tak boleh nak skima lagi.

Secara personally, aku sebagai seorang yang bergelar, perempuan mungkin memilih D.

wakakaka.





Mungkinkah ini kategori D ? MUNGKIN. hahaha




Lumrah perempuan, memang la suka melakukan perkara yang menyenangkan hati mereka. Kalau benda tu dah memang hobi, sape boleh halang kan ? Jawapan yang paling senang, ringkas, agak menyakitkan hati, kalau ditanya ialah,



SUKA HATI AKU LA NAK AMEK ATAUPUN TARUK BANYAK MANE GAMBAR AKU MANE2 PON, ADE AKU KISAH ATAU HERAN KAU NAK MENYIBUK ?



Ape ko rase bila perempuan mengungkapkan ayat tak boleh blah ni? haha.


Walaupun aku seorang perempuan (pengakuan ikhlas), aku tak berape menyokong ayat ni. Sakit hati kot dengar. Kan kan.



PERHATIAN, JIKA ANDA SEORANG WANITA SEJATI, DILARANG KERAS MENGGUNAKAN PERKATAAN ATAU AYAT KASAR SEPERTI INI YANG MUNGKIN MENJEJASKAN PERIBADI ANDA SEBAGAI SEORANG WANITA. NOKTAH.




Okay, sambung balik,



Yang ni kategori G. HAHA





Berbalik kepada topik perbincangan, SIKAP perempuan yang lelaki perlu tau.


1 - Sensitif : Jenis ni bukan la bermaksud suka merajuk, tapi biasala gedik2 nak
bermanja dan mendapatkan perhatian. zzz. Laki bosan ke suka eh ?



2 - Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang2 nak LELAKI mengikut
kata-katanya sekali sekala.
(Ditekankan, nada tinggi sikit, KEKADANGGG yeee)




3 - Halus : Macam sehelai sutera, cantik, mulus, lembut suci dan mudah tercarik
dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain
atas sebab satu kesalahan, selalunya WANITA akan ingat kesalahan
tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM yee. Tapi
berwaspada.





Mungkin kategori F. Tolong jangan buat muka meluat. Kau buat aku sekehh. hi hi





4 - Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Yela, saya ikhlas sayangg awak. Tiada tiganyaa. Pernah dengar ayat ni kan? Ketahuilah, ianya sangat ikhlas dan bermakna. lol




Ulang siaran, IKHLAS dan BERMAKNA.







5 - Korban : Dalam bahasa Inggeris, 'Sacrifice'. Tetiba. WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat
disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat
tabah. Kenapa aku rasa ayat ni
macam ade satu tahap perasan yang melampau? Entah.





6 - Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Dalam erti kata
lain, PEKA.




7 - Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri
seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan
hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
Jadi, tak janggal kalau kami
bermesraan bersama tapi kalau kalau
LELAKI bermesraan adalah
sangat janggal. Persoalannya, mereka pun
nak berMANJA jugak. Tak boleh ehh ? ehehe.





8 - Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi
EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai. (Tapi aku tak pon, kiranya, aku bukan wanita ke ?)
haha







9 - Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. (Memang sampai sekarang aku masih terkenang. Kenangan manis kau dan aku takkan terluput...)






10 - Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan
dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu
kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu.
Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan OKE.



11 - Bercita - cita tinggi - Cuba kau perhatikan perempuan sekarang, tak payah
kat lain, perhatikan dalam mana2 IPTA atau IPTS atau
mana2 company. Perempuan bekerja mengalahkan lelaki
woo. Tapi tak dinafikan lelaki tetap jadi ketua.
Yang tu tak boleh disangkal lagi, kaum Adam tak
payah melenting eh. HI HI





Kesimpulannya, sayangilah perempuan sebelum anda disayangi beliau. ehh. Anda memang disayangi ramai perempuan kan. Jangan menipu, saya tau. keh keh






Ni kaitannya, kategori J. Wakakaka








Bergumbiraa




Imej perempuan sopan. hahhhhh? Tak mungkin2.




Jumpa lagi.Wassalam.



BAI

No comments:

Post a Comment

Miss Se'e