Saya

My photo
Saya tak suka jiwakacau. Mari sama - sama membanteras ketidaktenteraman emosi.

Mar 14, 2011

Assalamualaikum.

Yeah ! Perasaan korang bila balik bercamping ?

cool ?

letih ?

gumbiraa ?

Nak pegi lagi ?

Nak makan gula-gula ?

Nak makan eskrim?

Nak minum karott susu ?

Nak tidooooo ?

Nak jadi komander ?

ok dah.


Aku rasa macam nak pijak pijak bantal busuk aku. Gilakk punya olang.
Yang sebenarnya, aku rasa sangatsangat lah letih tahap maksima. Dahsyat betul pegi mendaki gunung nie. hee. daki la sangat. Takde advance sangat pon, cuma perasaan je macam mendaki gunung.



Sebelum pegi, tersangat lah excited sampai menundakan secara automatiknya masa bertolak. Hahax! Orang lain semua bertolak 2.30 petang, aku pegi pukul 10.30 malam. kikiki. Aku dengan tetiba mendapat idea bernas lalu berpakat dengan beberapa kuncokunco yang lain meng auta komander. Jangan marah ye komander ! :p


Aku menipu beliau ! Astaga.... Syaitan manekah yang merasuk diri ini.. Insaf lah wahai budak malas.


Aku memberi alasan ada kelas ganti. Terpaksa pegi lewat camping. Alasan tak leh suci lagi kan.


Takde jauh pun. Perjalanan dalan sejam setengah je dari kampus. Sampai2 je tak nampak ape sebab kawasan situ tersangat gelap, sunyi dan seram. Orang asli pon takde duduk situ. Oh ye, aku pegi Gunung Senyum. Angkat kening sebelah kalau dah pegi !


Tak cukup sepoloh minit aku sampai dah kena denda.
Adoii. Sampai hati komander2 sekalian memperlakukan beta sebegitu rupa. Beta MURKA !


Kalau ye pon, tak logik dek akal lah nak denda kitorang budak perempuan yamg lemah tidak bermaya ni gitu. Kitorang diperlakukan macam takde hati perasaan langsung. Aku pun tak sanggup nak dera orang gitu. Kalau tak sign surat aku janji masa tu aku dah tepon 33555 rasenye.

Macamane kitorang kena ?

Awalawal tu takde la teruk sangat. Setiap pergerakan kitorang ade dihadkan masa. Paling banyak diorang bagi masa rehat sejam. Tido seminit dua gitu je. Solat mandi dalam lima belas minit. Lewat satu saat, denda seratus kali pumping. Bahagiaaanyeee.



Laki pompuan takde beza. Sorang buat salah semua kena. Lepas pumping tetiba wujud cara denda yang lain. Lagi teruk. Tak sanggup aku nak menjelaskan. Paling tak leh blahh bila kena duduk gaya angkut balak. Tangan ke atas pastu tukatuka kaki kiri kanan dalam 250x serentak. Tak same, ulang balik. Boleh blahh tak?



Aku bertahan tiga hari. Makan pun tak berapa masuk. Tu pun dipakse gak telan semua. Adoii. Yang nak berak pon tak aman. Seminit setengah mane tenteram weyh nak melepaskan segala yang tersimpan ?



Yang aku rasa best sikit masa dalam aktiviti berkumpulan je. Sikit je. Tak banyak. Kitorang dilepaskan dalam hutan berbekalkan satu lilin je. Aku kena mengcoverkan lilin tu supaya tak terpadam dan ditiup oleh hantu. zzz. Agak jauh perjalanan kitorang tapi takde rasa takut langsung sebab semuanya bersikap protective. cewaahh. Kitorang kumpulan pertama sampai. Bangga siott. hahax



Hari seterusnya, kitorang pegi panjat gunung. Turun pulak dengan tali. Best kott. Kalau boleh berkalikali aku nak main benda tu. hehex.


Moral of the story, best ke tak best ? Tak nak jawab. Bye



p/s : Takde gambar sebab telefon diHARAMkan bawak. Oh ye, Gunung Senyum sangat indah dan mengagumkan. Ade lima buah gua kat sana. Kenapa nama gunung senyum ? Jom google !

1 comment:

  1. huhu.. teringt zaman plkn dlu.. dahsyat2, sorg salah sumo keno..:)

    ReplyDelete

Miss Se'e