Saya

My photo
Saya tak suka jiwakacau. Mari sama - sama membanteras ketidaktenteraman emosi.

Nov 30, 2010

Adat = wajib ??

hujan rintik - rintik
air bergelora
emak bagi seposen, ayah bagi seposen
adik pegi sekolah, cikgu tanye adik
tiga tambah tiga
adik jawab enam

..............................


Penah tak nyanyi2 lagu ni time budak - budak dulu.

teeheee!

Lagu ni disertakan dengan lukisan yang sumpah tak comel langsung. Sape2 yang tau, sila lukis sekarang ! =,= Rindu nak conteng-conteng dalam buku latihan matematik time hujan lebat mase sekolah dulu. aha.

Yang pasti, keadaan kat rumah aku sekarang sangat la basahh. HUJAN la weii. Macam biase lah, kalau kat Kelate nie, ujung - ujung tahun tu time air bah la. Bukan setakat ujan rintik - rintik dah ni, selebat - lebatnye die turun.

Takpe, hujan rahmat orang tua kata. -____________________-

Sekarang ni jugak musim budak - budak laki berkhatan oooooooooo. Masa aku temankan umie bawak adik aku yang kecik tu pegi klinik, bersusun - susun budak laki yang nak dikhatankan. kuikuikui. Sekarang zaman besi segala kan, pakai gunting je. Tak main hiris - hiris cam dulu dah. hehe. Kesian kat Tok Mudin. Kurang da pendapatan die sehari - hari.

Tapi kat kampung aku wujud je lagi Tok Mudin nie, sampai diwajibkan ade pulut kuning segala sebelum mengkhatankan budak tu. Haaaisshhh. Ni la jadinye kalau dah mewajibkan perkara yang sebenarnye cume adat semata- mata. Biasa la, orang kampung lame.





p/s : Best tak disunatkan (khatan)? heee,

No comments:

Post a Comment

Miss Se'e