Saya

My photo
Saya tak suka jiwakacau. Mari sama - sama membanteras ketidaktenteraman emosi.

Sep 23, 2010

Rahsia

Aaaargghhh.

Malasnye nak mandi.

Bangun bukan main lagi awal. Boleh pulak nak tangguhtangguh mandi.
Busukk punya orang kan? -___-

Takpe, aku dok dalam bilik je. Tak keluar pon. Lagipon, hari nie cuti. Kalau ade bau pon,-walaupun takde- aku sorang je boleh menikmatinya. kuang3
(ade rase nak lempang aku ehhh?)


Aku masih boleh merapu koksekokdan. Ini adalah kerana perasaan yang sangat kritikal sekarang ini iaitu bosan tahan gaban mendesak aku supaya menserabutkan otak memikirkan perkaraperkara yang tak sepatutnya wujud pon untuk menjadikan aku lebih bermotivasi. Erkk. -percaya tak aku taip bende ni straight? fuuhhh-

Bermotivasi? Cehhhh. Ape motif kau sebenarnye nie..

Jom ke isiisi penting.


Perkara pada lelaki yang tidak disukai wanita



1 - GANAS
( kaki pukul. Lelaki bersikap ganas memang perkara pertama yang dijauhi wanita sebab mestila tak nak mata biru atau badan lebam - lebam bila dah kahwin nanti. Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.)


2 - BUSUK
( hehe. Bukan la busuk macam sampah tu, tu dah melampau. Busuk di sini macam ade bau - bau peluh manje gitu. ngeh3. )


3 - GEMENTAR
( takut sangat, tak yakin pada diri. Nak order makan pun terketar2. Depan perempuan lidah kelu sampai ayat yang keluar pun tak faham isi butir. Pe kejadahH


4 - TAK PANDAI BUAT KEPUTUSAN SENDIRI
( ni yang jenis ikut pendapat perempuan
je.Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri dan cepat panik
menghadapi sesuatu perkara.


5 - PENIPU
( memang tak bole terima. Bukan perempuan je,
semua orang pun tak tahan ditipu
okk. Kalau sekali dua bole dimaafkan lagi, tapi kalau dah berkalikali, pergi
mampsss lah kauu.



6 - GANGGO
( keterlaluan. -lembut sangat-pemalu sangat-
pendiam sangat-macho sangat-
Perempuan naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Bersikap
sederhana memang terbaik!


7 - GELENYA
( miang, gatal dengan perempuan lain selain
dengan isteri. Tak boleh tengok perempuan bodi gitar dahi licin ckit dah pasang
niat nak mengorat. haiihhh. Kan lebih baik goda isteri yang memang dah sah milik
anda. :)




Banyak lagi sebenarnye, tapi aku dah terpanggil oleh air sejuk yang best menggoda aku suh mandi. HAHA.



Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Miss Se'e