Saya

My photo
Saya tak suka jiwakacau. Mari sama - sama membanteras ketidaktenteraman emosi.

Sep 22, 2010

Pernah pikir tak?



Apakah makna sebenar kehilangan?

Perasaan yang menggambarkan kehilangan itu?
Sedih? Pilu? Terharu? Tergamam? atau Gembira?



Syahdu apabila kehilangan orang tersayang.

Ketahuilah hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.

Sesungguhnya tiada makhluk Allah yang kekal di muka bumi ini.
Kita hanya dipinjamkan oleh Dia setiap kemilikan yang ade di tubuh kita.

Pernahkah kita terfikir,

Seandainya tiada lagi hari esok untuk kita?
Cukupkah segala amalan yang telah kita lakukan dalam mengumpul bekalan pahala untuk dihitung di alam sana?
Insafkah kita akan perkara buruk yang telah kita lakukan?
Bersediakah kita meninggalkan ibu dan ayah serta orang tersayang?



Yang paling penting,
Sudahkah kita memohon keampunan daripada orang yang pernah kita sakiti?
Serta menjelaskan segala hutang2 yang masih tertunggak dengan manusia sendiri?

Subhanallah! Bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini.

Wahai sahabat, kembalilah ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.

Ingat, andai tiada lagi hari esok untuk kita?
Aku menginsafi diri sendiri dengan bersyukur kepadamu Ya Allah.




Subhanallah Walhamdulillah wala ilahaillallah allahuakbar.


No comments:

Post a Comment

Miss Se'e