Saya

My photo
Saya tak suka jiwakacau. Mari sama - sama membanteras ketidaktenteraman emosi.

Aug 7, 2010

Best Best Best

Tiada tempat yang paling tenang melainkan rumah sendiri.

Alhamdulillah, aku berada di rumah bile semua sedara mara berkumpul hujung minggu lepas.
Balik kampung satu hari je tapi perasaan macam balik lame je. Sumpah best.

Ramai adik beradik sebelah umie aku balik berkumpul kat kampung, dalam tujuh orang balik. Tiga orang lagi tak boleh balik. Riuh rendah umah nenek aku dengan budak2 kecik.

Walaupun makan hanya berlaukkan budu dengan ikan kering tapi aku sangat berpuas hati bila makan bersama2, ramai2 satu tikar. Fuhhh. Kenyang tahap gaban.

Salah seorang adik umie aku, merangkap ayah sedara aku, tetiba pandai berubat orang. Nenek aku cakap dapat yang arwah tuk aku dulu. Balik kampung tu, umie aku try la suruh die sembuhkan sepupu aku yang masih kecik. Budak tu kuss semangat, selalu ditego benda halus. Persoalannye, sepupu aku tu kat KL.

Aku panggil ayah sedara aku tu, ayah ngah.

Malam tu, ayah ngah aku tu pun mintak la gambar sepupu aku budak kecik tu. Aku pun sepantas kilat menggunakan teknologi terkini iaitu, mem'bluetooth' gambar budak tu ke telefon beliau. hekhekhek.

Selepas sembahyang, beliau menelefon ibu sepupu aku tu dan membaca ayat2 suci Al-Quran.

Dipendekkan cerita, esoknye sepupu aku dah okay. Tak nangis2 dah. Punca sebenar sepupu aku tu jadi lemah camtu adalah...............................................................................kat umah die ade orang tanam 'bende'............. bla.. bla.. bla.


Lepas tu okay la sepupu aku tu. Alhamdulillah...

Dah letih aku dengar kisah2 macam ni. Zaman sekarang dah balik ke zaman dulu2. Semua jin2, iblis2 dahulu kala dah muncul semula. huh. Dunia akhir zaman.

Ape2 pun, aku dah tak sabar nak balik kampung lagi hujung bulan ni. CHOW

No comments:

Post a Comment

Miss Se'e