Saya

My photo
Saya tak suka jiwakacau. Mari sama - sama membanteras ketidaktenteraman emosi.

Jul 22, 2010

P.A.T.I

Assalamualaikum.
Aku sekarang berada di Dengkil. Tetibe.

Hari ini sangat bosan. Tak pergi mane2. Semalam merupakan hari yang paling letih sedunia bagi aku. Sebabnye cume aku pergi joging satu taman. Wahh. Besarnye punca kauu. Wahaha. Okay, tidak kelakar.

Dalam pukul 6.45 petang aku beserta budak2 kecik (bukan name sebenar) pergi berjoging. Dalam erti kata lain, bukan aku joging sangat pun, berjalan2 je. ngeh3. Malu siot. Bukan "TAMAN" khas orang buat joging tu, Taman rumah - rumah orang. kui3. Mane aku nak joging dalam keadaan orang ramai(makcik2 yang memang takde kije lain) dok lepak tepi rumah masing2 sedang asyik menjadi penjaja kisah rumahtangga orang kat teman seangkatan dorang. Fuhh. Takpe, aku tak masuk campur pun.

Ni la role model warga asing yang peramah. Manis2 saja. -_-


Selain daripada itu, kawasan aku duduk ni penuh dengan mat2 bangla, indon, siam, vietnam, bugis, aceh segala. Semua aku nak sebut kan. Takpe, asalkan 'foreigner'. ngahaha. Walaupun aku ni tidak la seanggun Erra Fazira, jalan pun tak berape nak stabil, bile lalu je depan, sisi, belakang, atas, bawah dorang mesti tengok sampai nak terkeluar biji mata. huh. Mungkin muke aku ade mirip dengan artis2 negara dorang. Gulp ! (x hingin gue!!!)

Yang menjadi persoalan dalam fikiran aku sekarang, kenapa warga asing di negara kita perlu diberi keistimewaan dibandingkan dengan warganegara kita sendiri?

Kalau dah seludup masuk negara kite dengan alasan nak cari kerje konon, kauu ingat orang2 sini tak perlu nak kerje ke?


Dah tu masuk negara kita, buat pulak jahat banyak2. Pastu kalau kena tangkap pun pergi sumbat dalam penjara. Kau ingat penjara tu nak dipenuhkan dengan warga kau je ke? huh,




Ni dipetik daripada FlowersOfNation :

KUALA LUMPUR 8 Julai - Wanita bujang, berkerjaya dan kesunyian terus menjadi "buruan" lelaki asing yang berniat melesapkan wang mereka.
Hasil daripada beberapa aduan kes itu, polis membuat serbuan di lapan lokasi sekitar Lembah Klang dan memberkas 20 warga asing serta seorang wanita tempatan kira-kira dua minggu lepas.



Mereka yang ditahan terdiri daripada 16 lelaki Nigeria, seorang lelaki Ghana, seorang lelaki Ivory Coast, seorang wanita Filipina dan seorang wanita Botswana berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an.
Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial ACP Rohaimi Md Isa berkata polis turut merampas beberapa barangan berharga, wang tunai berjumlah RM42,979 dan 13 unit komputer riba.

"Mereka yang menganggotai beberapa sindiket menjadikan wanita berkerjaya yang melayari laman web sosial sebagai mangsa. Kebanyakannya adalah wanita lewat 40-an yang kesunyian.

"Wanita-wanita ini akan melayari laman web sosial untuk mencari kenalan dan dari situlah lelaki warga Afrika ini akan 'memancing' mereka dengan niat untuk berkenalan," katanya pada sidang berita di pejabatnya di sini, Khamis.
Rohaimi berkata setelah berkenalan dalam tempoh tertentu, mangsa dijanjikan barangan mewah sebagai hadiah.



"Sindiket ini akan mengirim bungkusan kononnya mengandungi barang kemas dan batu permata kepada mangsa meminta mereka 'menebusnya' di bahagian kastam kerana ditahan atas pelbagai sebab. Bla.. bla. bla..


Baca ni pulak, dari DetikNews:

Kuala Lumpur - Pemerintah Malaysia didesak untuk memberikan perlindungan yang lebih baik bagi para pekerja asing di negara tersebut. Desakan itu disampaikan organisasi HAM Amnesty International.

Menurut Amnesty, para pekerja asing datang ke Malaysia karena diiming-imingi gaji yang tinggi. Namun kenyataannya, mereka malah mengalami penyiksaan dan eksploitasi.

"Para pekerja migran datang ke Malaysia untuk menghindari kemiskinan dan menanggung keluarga mereka. Namun begitu mereka tiba, banyak pekerja yang bekerja keras dalam kondisi yang sama dengan eksploitasi buruh," demikian disampaikan Amnesty dalam laporan yang dirilis hari ini seperti dilansir harian Malaysia, The Star, Rabu (24/3/2010).

Dituliskan Amnesty, Malaysia sangat bergantung pada pekerja asing untuk ditempatkan di lokasi-lokasi konstruksi, pabrik, restoran, rumah tangga dan perkebunan kelapa sawit. Namun upah yang jauh lebih kecil dari yang dijanjikan, kondisi kerja yang tidak aman, penahanan sewenang-wenang dan pemerasan marak terjadi di Malaysia.

Demikian disampaikan organisasi HAM yang berbasis di London, Inggris tersebut dalam laporan bertajuk "Trapped - The Exploitation of Migrant Workers in Malaysia."

Tim Amnesty berkunjung ke Malaysia pada Juli 2009 dan mewawancarai lebih dari 200 pekerja, baik legal maupun ilegal untuk menulis laporan setebal 100 halaman tersebut.
Dalam laporan itu, Amnesty menyerukan Malaysia untuk meningkatkan inspeksi tempat kerja dan menggencarkan proses peradilan bagi mereka yang sewenang-wenang terhadap pekerja asing.

Kapal mewah


"Pemerintah Malaysia bertanggung jawab untuk mencegah pelanggaran-pelanggaran yang bisa mencakup eksploitasi, kerja paksa dan perdagangan manusia. Terlalu sering, negara gagal melakukannya," kata Amnesty.
Menurut Amnesty, para pekerja migran yang dibawa ke Malaysia oleh agen-agen, kerap dibohongi soal gaji mereka, jenis pekerjaan dan status legal mereka di negeri jiran itu.
Amnesty juga meminta pemerintah Malaysia untuk melakukan amandemen UU guna menjamin kondisi yang lebih baik serta mencegah majikan atau agen-agen rekrutmen menahan paspor pekerja.
Sekitar 2 juta warga asing bekerja secara legal di Malaysia. Sekitar 1 juta warga asing lainnya bekerja secara ilegal. Kebanyakan dari mereka berasal dari Indonesia. Bla.. bla.. bla..



Banyak cantik muke kauu
Cuba kalau kita buat macam dorang,
jadi PATI dekat negara dorang, kita dapat layanan same tak macam Malaysia layan dorang? emm. entah laa... pergi dulu, baru tau. Ade sape2 nak join aku tak? hee,

No comments:

Post a Comment

Miss Se'e