Assalamualaikum
Tetiba mahu membicarakan kisah orang tersayang yang terkena santau. Ape pendapat semua pasal ni?
Sedih mengingatkan masyarakat sekarang masih lagi mengamalkan sikap ketidakpuasan sesama sendiri lalu mencari jalan mudah untuk mengenakan orang dengan bekerjasama dengan makhluk halus yang sampai sekarang memang tak boleh tengok manusia hidup baik2 !
Fuhh... marah nie. -__-
Okay la, kisahnye macam ni. Dah setahun masa benda ni jadi. Sampai sekarang seorang hamba Allah itu masih diganggu. Ia dimulai dengan rase sakit2 di bahagian dada, belakang badan, dan sesak nafas. Pada mulanya ingatkan penyakit biase, lelah atau pape. Tapi bila pergi klinik, doktor cume sahkan gastrik je. Hati dah memang pikir benda lain, tapi wat senyap je dulu malas nak pikir benda2 mengarut. Saya hanya mampu memberi semangat dari jauh kepada beliau. Pernah sekali masa berbual di telefon, beliau boleh 'terkena' dan tersentak tetibe sakit dan mengalami kesesakan untuk bernafas. Sampai nangis2 beliau menahan sakit. Sedih betol.
Beliau pernah mengalami mimpi yang pelik2 semasa tido di mana beliau berjumpa seorang lelaki tua yang bagitau beliau ade terkena buatan orang ! Ingatkan mimpi semata2. Tu mimpi pertama yang pelik dialaminye. Kedua, beliau bermimpi ade budak sebesar lima tahun yang berwarna biru sering mengikutinye ke mana sahaja beliau pergi dan senyuman tak lekang dari bibirnye. Dan bila beliau rase sakit, budak itu senyum lagi dan orang sekeliling tidak mempedulikan keadaan beliau yang sedang sakit. Betapa besar kemuliaan Allah s.w.t menyayangi hambanya lalu memberikan petunjuk kepada beliau melalui mimpi. Selepas beliau menceritakan kepada saya, dengan bersungguh2 saya mahu menemukan beliau dengan tuk saudara saya yang boleh mengubati orang dalam hal ni. Tetapi sedih apabila ibu bapa beliau mahu membawanya berubat dengan ustz dalam kawasan kampungnya dulu. Tak kisah la mane2 pom, janji dapat berubat. huhu.
Masa cuti sem, beliau balik dan pergi berjumpa dengan ustaz tersohor di kampungnye. Ustaz tu mengesahkan yang die memang di SANTAU angin. Terbukti semua mimpi die betol. :(
Ustaz tu suruh die balik mandi dan minum air rebusan daun dara(daun wat mandi mayat)
untuk melemahkan benda tu. bayangkan lah setahun masa bende tu mendiami tubuh beliau.
Setelah selesai berubat dengan ustaz tu, beliau rase lega ckit, tapi masih sakit. Lepas minum dan mandi dengan air daun tu, beliau okay dalam masa sehari je. Pastu mula meracau-racau tetiap malam. Hal ni berterrusan sampai beliau masuk kolej balik. Dalam kelas, beliau banyak termenung dan tidak fokus dalam pembelajaran. Salah sorang pensyarah beliau telah menegur dan menanyakan masalah yang dihadapi oleh beliau. Beliau menceritakan masalah beliau kepada pensyarah tu dan pensyarah tu menawarkan beliau berjumpa dengan seorang bomoh terkenal(sampai pernah masuk majalah mastika) dalam kehandalannye mengubati orang. huhu. Masa pergi jumpe bomoh tu, perkara yang same juga beliau diberitahu, ade orang mengenakan SANTAU angin kepada beliau dan meminta beliau membawa limau dan buah kelapa untuk membuang 'benda' tu. Esoknye, beliau pergi berjumpa bomoh tu dan membuang benda tu. Katanye, dah berjaya dibuang.
Tetapi
...dalam pukul 7 lebih tadi, beliau masih meracau2 !!Rase sedih tidak dapat membanntu dan membiarkan die sakit sorang2. Tetapi ketahuilah, kita hanya manusia yang tidak akan lari daripada setiap dugaan yang Allah tentukan untuk setiap hambanya. Ya Allah, betapa besarnye dugaan yang harus dilalui oleh hambamu itu. Same2 kite berdoa semoga beliau akan sembuh dari buatan orang yang tidak berperikemanusiaan ini.
relax arr wawa..insyaallah dia okay pasni..bnyak2 kan la bg support kt dia..
ReplyDelete