Budak ni teramat comel . Aku rasa macam nak peluk lambung - lambung je . Memang menggangu gugat hati perasaan aku tahap kecomelan dia tu . Kang dah jatuhh . bahahahaha !
Saya
- Coklatgetah
- Saya tak suka jiwakacau. Mari sama - sama membanteras ketidaktenteraman emosi.
May 23, 2013
Budak Comel Marah Gambar Dirakam Sampai Terjatuh - YouTube2.flv
Budak ni teramat comel . Aku rasa macam nak peluk lambung - lambung je . Memang menggangu gugat hati perasaan aku tahap kecomelan dia tu . Kang dah jatuhh . bahahahaha !
May 22, 2013
Berpraktikal ? Kat mana ?
Aku belajar dalam pengajian kursus Sains Sukan dan Rekreaksi . Kebetulan , kat sini pejabat unit sukan dia agak mewah , dan sangat selesa . Kiranya, aku kat sini bekerja sambil belajar dalam bahagian pengurusan sukan lah . Untung berpraktikal kat sini sebab ada elaun , disediakan penginapan , lepas tu siap ada bilik pejabat sendiri pulakk . Alhamdulillah syukur . Kat sini ada tujuh bahagian semuanya . Unit Pentadbiran ,Sukan Masaa , Prestasi Tinggi , Rekreasi , Kemudahan dan Pengurusan Acara. Setiap unit ada pengalaman sendiri yang kita sendiri je dapat rasakan . Berlainan perangai bos , situasi , tugas yang diberikan , dan semangat kita sendiri untuk menyelesaikan setiap tugasan yang diberi . Ada bos yang boleh dibawak bergurau , bos yang kamcing pegi makan lepak sekali , bos yang tegas dan serius , dan tak ketinggalan jugak bos yang sangat bleerghhh . *taknaksebut
Macam - macam event berjaya kitorang handle dan mengaut keuntungan yang memuaskan dengan tahap kerja yang diberi . Antara event best yang kami melibatkan diri termasuklah Masum Rugby 7's , Majlis Anugerah Sukan , Camp Power , dan yang terbaru International Volleyball Match 2013 . Di setiap event yang kitorang libatkan diri ada dapat sedikit elaun diberikan . Alangkah gembira tak terkata bila dijamu makanan sedap dan dilayan bak anak manja oleh Tuan Pengarah . kekeke . Mungkin sebab kami masih lagi bergelar pelajar , maka beliau bersikap lembut dan penuh toleransi terhadap kami . Terima kasih tuan .
Biarkan gambar berbicaraaaaaa

:)
Awal Jun ni merupakan hari - hari terakhir kitorang kat sini . Berat gak rasa nak tinggalkan tempat ni . Maklumlah , dah jatuh sayang . Padahal 2 bulan je pun habiskan masa kat sini . Yela, bak kata pepatah , tak kenal maka tak cinta . Eh , yeke ? Bagi aku kalau tak kenal maknanya tak kenal lahh . Nak cinta mende lagi . herherher . Harap - harap segala ilmu dan pengalaman yang kami kumpulkan kat sini dapat dipraktikkan sebaiknya bila waktu bekerja di masa depan. InsyaAllah . Dah dah . Jom pegi makan piza !
Mar 27, 2013
Boleh tak kalau tak luahkan ? ( part 3 )
Mar 18, 2013
Boleh tak kalau tak luahkan ? ( Part 2 )
Sha sedih memikirkan nasib malang keluarganya yang berpecah belah . Apakan daya , antara mama dan ayahnya sudah tidak sehaluan . Setiap hujung minggu ayah Sha datang menemui Sha mengubat kerinduan kepada satu satunya anak tunggal .
'Sha sihat ? ""Alhamdulillah . Ayah , Sha nk tanya satu benda boleh ? "
" Mesti la boleh . Sha nak tanya apa ? ""Ayah ada contact mama tak ? Sha rindu mama . "
"... Tak . Dah lama ayah tak berhubung dengan mama Sha . Seingat ayah , kali terakhir ayah jumpa mama pun tiga bulan lepas . Ayah rasa bersalah . Mama pun mana mungkin terima ayah macam dulu . Ayah tak mahu terus sakitkan hati mama .""Ayah masih sayangkan mama ? "
"Mesti la sayang ."Sha senyum bahagia . Terdetik dalam hati , " Aku akan satukan balik ayah dengan mama. Pasti ."
"Aii , senyum sorang sorang pulak dia. " Ayahnya menyapa . "Teringat kat hero handsome mana ni ? "Tersentak Sha . Tetiba kepalanya terbayangkan Arif . " Hahaha. mana ada la ayah . takde hero yang lebih handsome daripada ayah . " Ayahnya tersenyum . " Yela tu . Macam ayah tak kenal anak kesayangan papa ni mesti mengelamun kat orang lain ni . " Serba salah Sha nak menceritakan perasaannya terhadap Arif kepada ayahnya, insan yang berjaya mencuri hatinya sekian lama. "Patut ke aku cerita dekat ayah ? Hmm, simpanlah dulu . Sha meminta izin ayahnya untuk balik ke kolej .
Di kolej , kedengaran Nani , rakan sebilik merangkap 'personal assistant' Sha bising bising dalam bilik ."Ape kena la budak ni kecoh sangat , mengalahkan Mak kiah kat kampung aku . " Ngomel Sha dalam hati . Sampai di bilik , Nani terus mendapatkan Sha . "Kau pegi mana woi ? Telefon ada tak reti nak guna, baik kau buang je lah telefon kau tu . Ada ke zaman sekarang ni budak budak keluar tak bawak phone ? " Marah Nani pada Sha .
Sha tersenyum . "Dah kau ni kenapa ? Apa hal ni , kecoh2 ? Justin Timberlake ke telefon aku ? Nani mencubit perut Sha , "Aku serius ni main main pulak dia . Takde la, bukan Justin Timberlake , Brad Pitt call tadi . Tanya kau pergi mana . Kan dah rugi kau . Padan muka . ""Eh serius la wehh , siapa call aku ? " "Haaa ingatkan tak nak tau sapa call . Tkde la , tadi Arif , prince charming kesayangan tu call tanya kau . Berpuluh kali dia telefon tau . Kau takde cakap kat dia ke kau keluar tadi ? "
"Alamak ! Aku lupa la Nani . Sepatutnya aku keluar dengan dia hari ni . Aduhh , habis la aku . Macam mana ni Nani , mesti dia marah aku . " Kalut Sha menggapai telefon dan mendail nombor Arif . Tidak berangkat. Sha kecewa . Boleh pulak dia lupakan Arif bila dengan ayah . Haha . Nani buat muka menyampah dengan sikap endah tak endah Sha terhadap Arif . Seingatnya , sudah banyak kali Sha lupa janjinya dengan Arif .
"Aku hairan betul lah kau ni , kau sebenarnya dengan Arif ada apa apa ke tak ? Kejap aku tengok macam kau suka . Kejap aku tengok tak peduli langsung . Arif tu manusia paling baik pernah aku jumpa di alam semesta ni tau tak . Kau boleh but layan tak layan je dia . Kau mental eh Sha ? " Selamba Nani melontarkan kata yang tak langsung tak memberikan kesan pada Sha.
"Haah . Aku mental sebab ade member sebilik yang mengalahkan mak kiah nieee. Dah la, aku nak tido ni . Penat yang amat . Esok aku sambung dengar kau membobel ye cik kiah junior. Selamat malam sayang .hikhik. " Sha terus mengiring membelakangi Nani yang masih memikirkan keadaan sebenar sahabat kesayangannya samada waras ataupun tidak . Erkk .
Esoknya di perpustakaan , Sha dilihat sedang study sorang sorang di sebuah sudut . Arif memberanikan diri berjalan perlahan ke arah Sha dan menyergahnya dari belakang . "Woiii ! " Sha tersentak ," ooo mak kau ! Ishh , apa kau ni , datang bagi salam dulu boleh tak ? " Sha separuh berbisik bila orang sekeliling melemparkan pandangan yang tidak memuaskan ke arah mereka . "Assalamualaikum budak gemokk . " Arif buat muka selamba sambil tarik kerusi di sebelah Sha . "Waalaikumussalam " Sha menjawab salam Arif . "Aku merajuk dengan kau ni ." Arif merenung Sha sambil buat muka sedih . "Kau dah tak nak keluar dengan aku eh ? Aku call pun bukannya reti nak jawab . Aku tak lena tidur semalam tau . " Arif sememangnya manja dengan Sha . Dan itu jugak lah yang membuatkan Sha terpaut dengan Arif . Selama lima semester jugaklah mereka memendam rasa , tidak meluahkan rasa sayang yang semakin hari semakin menggunung disemai ."Eh , bukan macam tu la . Semalam ayah aku datang . Aku pergi jumpa dia , tapi tak sempat nak bagitau kau dulu . Sorry sangat . Lepas tu aku ada call kau balik , tapi kau tak angkat pun . " Sha terus memujuk Arif kesayangannya . "Dah , kau kena belanja aku makan . Jom !" Arif menarik tangan Sha bangun . Sha mengomel , "Mentang mentang la aku salah sesuka hati dia je nak pegang tangan aku . Aku sepak jugak budak nie . Nasib baik muka Tom Cruise . " Arif berpaling , " kau ada cakap apa apa ke ? " "Eh , takde lah . Mana ada . Kau ada dengar apa apa ke ? Ada hantu kot berbisik kat telinga kau . ngeh ngeh "
Arif tersengih . Mengiyakan kata kata Sha . Walaupun sebenarnya dia terdengar omelan Sha tadi . Hatinya berbunga riang dapat meluangkan masa dengan Sha .
To be continued........ p/s : Esok test LAW sebenarnyaaaaaa. Time macam ni lah rasa mengadaaa nak menulis . Lainkali sambung lagi . Nantikan Arif meluahkan perasaannya pada Sha . Heh . Good night everybody , :)